Waris Adibah Noor belum hubungi pemilik rumah perlindungan kucing

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pemilik pusat perlindungan kucing Rumah Amanah Hulu Langat, Hashman Don memaklumkan belum mengambil kucing-kucing milik Allahyarham Adibah Noor kerana belum dihubungi waris penyanyi itu. Dalam hantaran di Facebook rasmi rumah perlindungan itu, Hashman berkata, pihaknya terbuka untuk menerima kucing-kucing itu.

“Memang saya dah beri keizinan untuk kucing-kucing Allahyarham Adibah Noor (tinggal di rumah perlindungan). Tapi, saya belum mengambil kucing-kucing itu sebab waris terdekatnya belum menghubungi saya.

“Tiada masalah bagi saya jika dah diambil beberapa ekor (oleh orang lain) dan saya sudi terima yang masih tinggal (masih ada),” tulisnya.

Sebelum itu, Hashman memuat naik hantaran mengenai prosedur yang ditetapkan rumah perlindungannya dan keterbukaannya untuk menerima kucing yang kematian tuan.

“Tiada masalah jika kucing-kucing arwah yang lebih 40 ekor nak berteduh di Rumah Amanah Hulu Langat. Warisnya bolehlah menghubungi saya. Tak perlu bayar apa-apa, tak perlu bagi makanan kucing-kucing itu setiap bulan. Malah, setiap hari Ahad dari jam 2.30 petang hingga 6.30 petang adalah hari melawat dan terbuka kepada umum,” tulisnya.

Terdahulu, nama Hashman tular di TikTok selepas pengguna aplikasi itu yang juga pencinta kucing berkongsi mengenai niat baik Hashman.

Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi Hashman bagi mendapatkan maklumat terkini tidak berjaya.

Adibah adalah antara artis yang cukup dikenali dengan sifat sayangkan kucing dan memelihara puluhan ekor kucing.

Harian Metro

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat