Badan kehakiman bebas, tiada campur tangan kerajaan – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kebebasan badan kehakiman adalah kebebasan untuk menjalankan perbicaraan dan membuat penghakiman di mahkamah tanpa campur tangan daripada mana-mana pihak,” kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, itulah kebebasan yang dijamin oleh kerajaan.

“Namun, tiada kebebasan dalam melakukan perkara-perkara yang berkaitan dengan jenayah kerana setiap individu di negara ini, tidak kira siapa, tiada seseorang pun dapat mengatasi undang-undang.

“Jikalau mereka melakukan kegiatan jenayah, maka mereka boleh disiasat oleh mana-mana agensi seperti SPRM, PDRM, Kastam dan Imigresen,” jelas beliau pada Isnin.

Ismail Sabri menyatakan, cuma cara siasatan tidak perlu dihebohkan dahulu bagi menghormati Institusi Kehakiman negara.

“Saya menghormati pengasingan kuasa di dalam sistem demokrasi kita.

“Sebagai pengamal undang-undang, saya faham tentang pengasingan kuasa ini dan saya menghormati setiap cabang tersebut,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat