PAS cuma nak lawan dengan PH

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS menyatakan pendirian tegasnya untuk menolak kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH) dalam konsep khemah besar.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Senator Ir. Ts. Khairil Nizam Khirudin berkata, matlamat PAS ialah mahu usahakan supaya berlakunya pertembungan dua penjuru dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Maknanya kita mesti berlawan dengan PH sahaja, dalam erti kata lain kami (PAS) menolak khemah besar.

“Kami tidak akan bersama dengan PH,” tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Negara berkata, sebelum menjelangnya PRU-15- PAS, UMNO dan Bersatu mesti merencana formula terbaik menentang PH.

“Jadi kita mesti mencari formula terbaik untuk PAS, UMNO, Bersatu – untuk kita dan juga rakan komponen yang lain bersama dalam satu wadah untuk membolehkan berlakunya pertembungan satu lawan satu.

“Sebab kita tahu kalau bertembung tiga penjuru, kemungkinan keputusan PRU-14 akan berulang,” ulas beliau.

Menurut Khairil Nizam, hal ini kerana dalam keadaan sekarang tidak ada mana-mana parti politik yang boleh mendabik dada mereka boleh mendapat majoriti yang lebih.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat