Tiada dendam, tak sampai hati tengok Azri dikecam

- Advertisement -

PETALING JAYA: Simpati nasib menimpa bekas suami, Azri Iskandar, pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty Omar mohon masyarakat tidak menganggap kemelut berlaku sebagai pembalasan Tuhan kerana menganiaya hidupnya.

Meskipun antara mereka sudah tiada sebarang ikatan, namun Ellie berkata, dia tidak sampai hati melihat Azri terus dikecam oleh netizen yang tidak tahu cerita sebenar.

“Hidup ini datang dengan ujian, tetapi, saya tidak menghukum Azri. Saya sudah ‘move on’, menghalalkan dan mengikhlaskan semua perkara yang terjadi.

“Jadi, saya harap tiada sesiapapun menghukumnya. Kalau Azri mahu bernikah, teruskanlah.

“Saya mendoakan semoga semuanya berjalan lancar, cuma, saya harap wanita yang akan hidup bersamanya betul-betul ikhlas.

“Pesan saya, jangan sorokkan diri kerana menyorok adalah kerja orang pengecut. Jangan mempermainkan hidup orang dan berhenti memalukan Azri,” katanya kepada BH Online.

Elly ditemui pada majlis tayangan perdana filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan di GSC, The Starling Damansara, baru-baru ini.

Dalam perkembangan berkaitan, pelakon yang mula mencipta nama menerusi filem Spinning Gasing itu turut menggesa wanita bernama Dr Azra yang didakwa kekasih Azri tampil memperkenalkan diri.

Ini kerana, katanya, hingga kini, kewujudan Dr Azra disifatkan sebagai misteri.

“Saya sudah 22 tahun bersama Azri. Saya tak pernah berdendam dengannya dengan apa yang berlaku.

“Saya tersiksa tengok Azri dalam keadaan sedemikian. Jadi kepada Dr Azra, sila memperkenalkan diri.

“Saya bangkitkan isu ini kerana ada kaitan dengan perasaan anak-anak. Rakan juga sudah membuat pencarian dalam internet, namun, tidak menemui sebarang maklumat mengenai Dr Azra.

“Ini menimbulkan misteri pada saya. Adakah Dr Azra cuba memperdaya ataupun seorang peminat? Kalau betul menyintai Azri, jangan sembunyikan diri,” tegasnya.

 

Ellie menggesa wanita bernama Dr Azra yang didakwa kekasih Azri tampil memperkenalkan diri agar tidak terus dianggap misteri. – NSTP/Hazreen Mohamad

 

Perasaan ragu Ellie mengenai kewujudan wanita itu timbul apabila Dr Azra sering berterusan melindungi identitinya.

“Kalau benar-benar wujud, kenapa ketika dihubungi program Melodi, Dr Azra cuba mengelak. Kenapa malukan Azri.

“Dia kena bersikap jujur dan jangan mempermainkan hidup orang.

“Anak-anak saya sangat beradab, bijak dan rasional. Tetapi, bila ada yang cuba nak rampas kasih sayang Azri sepenuhnya tanpa kenal wanita yang bakal dikahwini bapanya, tentunya perkara ini membimbangkan mereka,” ungkapnya.

Terdahulu, selepas sah bercerai, Azri, 54, mendedahkan bakal berkahwin dengan Dr Azra dan perkenalan mereka bermula selepas 12 hari berpisah dengan Ellie pada 17 Mei lalu.

Ketika isu itu hangat diperkatakan, muncul pula wanita yang mahu dikenali dengan gelaran F mendakwa aktor itu pernah mengajaknya berkahwin.

Azri dan Ellie sah bercerai talak satu pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun hidup bersama.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Azrell Omar, 17, dan Nur Azreen, 13.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,591FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat