PM bangga kemampuan jurutera muda tempatan kuasai teknologi tinggi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kesediaan industri tempatan menjalin kerjasama dengan sektor pendidikan TVET amat dihargai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai langkah strategik menyediakan Malaysia dengan sumber insan yang kompeten dalam teknologi tinggi.

“Menghadiri Majlis Pembukaan dan Opening Gambit Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) pagi ini di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).

“Usai pertunjukan udara, saya kemudiannya mengadakan walkabout dan beramah mesra bersama para peserta pameran LIMA’25.

“Saya juga berkesempatan menyaksikan sesi menandatangani dan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) di beberapa reruai antaranya Weststar Aviation, Mildef International Technologies (MILDEF) dan Lumut Naval Shipyard (LUNAS),” kata Anwar dalam kenyataan pada Selasa.

Pada majlis sama Anwar turut menerima penerangan dari pihak Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) dan berbangga menyaksikan kemampuan jurutera muda tempatan yang telah menguasai kepakaran bidang aeronautikal, avionik, micro-satelit, AI, simulasi penerbangan dan pelbagai teknologi baharu.

“Kesediaan industri tempatan menjalin kerjasama dengan sektor pendidikan TVET amat saya hargai sebagai langkah strategik menyediakan Malaysia dengan sumber insan yang kompeten dalam teknologi tinggi.

“Justeru, mempertingkat penyertaan belia dalam sektor aero-angkasa dan maritim terus menjadi keutamaan Kerajaan Madani sebagai langkah jangka panjang menyediakan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada anak watan,” kata Perdana Menteri di Langkawi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat