Elak ‘flip flop’: RUU Sumbangan Politik perlu kajian mendalam sebelum dilaksana – Hamzah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Sumbangan Politik wajar dibincangkan secara mendalam aspek kaedah dan mekanismenya sebelum peraturan itu dilulus dan diguna pakai.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan kajian mendalam terhadap pelaksanaan itu amat penting bagi memastikan undang-undang berkenaan efektif untuk jangka masa panjang serta mengelak berlaku kelonggaran dalam RUU berkenaan.

“Kaedah dan mekanisme ini harus difikirkan dengan lebih mendalam, sebab sesuatu yang hendak kita lakukan, kita tidak mahu ada ‘flip flop’.. sekarang boleh guna, esok tak boleh guna.

“Yang kita boleh pastikan RUU itu boleh digunakan sampai bila-bila,” katanya memetik BH pada sidang media selepas merasmikan Perkhidmatan Mobile Recovery Treatment Bagi Program Rawatan dan Pemulihan Penagihan Dadah Agensi Antidadah Kebangsaan (MRT AADK) di Kajang pada Jumaat.

Semalam, Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) bermesyuarat mengenai cadangan Pelaksanaan Dasar Penggubalan RUU Sumbangan Politik dan turut disertai Hamzah sebagai anggota.

Selepas mesyuarat itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan keputusan mesyuarat jawatankuasa itu bersetuju secara dasar dengan cadangan berkenaan.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata penelitian serta cadangan kaedah serta mekanisme menguatkuasakan RUU berkenaan perlu diketuai oleh satu pasukan yang berkepakaran.

“Sesuatu yang kita lakukan dari segi polisinya baik tapi dari segi perinciannya harus diberikan kepada sesuatu pasukan bukan hanya daripada agensi tetapi juga daripada kalangan mereka yang berpengalaman

“Kita ambil mereka yang sudah praktikkan di negara-negara luar, kita buat lawatan, maka selepas itu barulah kita adakan sesuatu yang boleh diguna pakai pada masa-masa hadapan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat