FELDA umum kontrak Shabery Cheek tamat 30 Jun

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mengumumkan penamatan kontrak Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai Pengerusi FELDA berkuat kuasa 30 Jun 2025.

Jabatan Komunikasi Strategik FELDA dalam kenyataan media memaklumkan, tugas rasmi terakhir beliau adalah mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi FELDA pada jam 2.30 petang.

“Sepanjang dua tahun menerajui FELDA, beliau telah memainkan peranan besar dalam memperkukuh semula ekosistem antara FELDA dan anak-anak syarikat terutama dalam mempercepatkan penyahsenaraian FGV Holdings Berhad.

“Ini sekali gus mengembalikan keyakinan rakan strategik serta mempertingkatkan imej dan prestij FELDA.

“Pendekatan beliau diterjemahkan melalui gagasan ‘Segalanya FELDA’ yang kini menjadi teras penyatuan organisasi dan komuniti,” katanya.

Pengurusan dan seluruh warga FELDA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas jasa, bakti dan kepimpinan Ahmad Shabery sepanjang memegang amanah sebagai Pengerusi FELDA.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat