Koperasi Permodalan Felda umum dividen 6 peratus, aset tak berpotensi distruktur semula

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Koperasi Permodalan Felda (KPF) Berhad mengumumkan agihan dividen sebanyak 6.0 peratus, melibatkan jumlah keseluruhan RM129 juta kepada 253,371 anggota di seluruh negara.

Pengerusi KPF Datuk Mohd Banuri Aris berkata agensi itu mencatat pencapaian yang baik bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 mencerminkan pertumbuhan positif prestasi kewangan KPF hasil daripada aktiviti perniagaan dan pelaburan dalam pelbagai sektor, yang berjaya mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM141,183 juta, berbanding RM52,781 juta pada tahun sebelumnya.

Menurut Banuri, pembayaran dividen tahun ini mencerminkan komitmen lembaga kepada anggota melalui peningkatan hasil membolehkan agihan dividen dapat dibuat sepenuhnya berdasarkan keuntungan bersih semasa.

“Permohonan pengeluaran dividen dibuka mulai 30 Jun hingga 29 Julai 2025 melalui sistem e-Dividen atau secara manual. Bayaran akan dikreditkan secara berperingkat
ke akaun bank anggota bermula 10 Julai 2025, tertakluk kepada permohonan yang lengkap melalui pautan https://dividen.kpf.my/,” katanya.

Dalam perkembangan lain Banuri memberitahu, dalam mesyuarat itu KPF turut memaklumkan pelaksanaan pelan rasionalisasi aset pelaburan yang telah dirangka bagi memenuhi permintaan pengeluaran modal syer oleh anggota, di samping menjana pendapatan mampan jangka panjang melalui penjualan aset-aset perladangan dan aset hartanah yang tidak berpotensi serta penstrukturan aset pelaburan dalam syarikat bersekutu.

Menurut Banuri, pelan ini bukan sahaja dirangka untuk menyantuni obligasi pengeluaran modal syer anggota, malah menjadi strategi jangka panjang bagi menyusun semula struktur aset KPF secara lebih mampan, efisien dan strategik.

“KPF yakin bahawa pendekatan ini mampu memperkukuh kedudukan kewangan KPF serta menjamin kelangsungan kesejahteraan anggota dalam jangka masa panjang.

“Rata-rata perwakilan yang hadir menzahirkan rasa syukur atas peningkatan kadar dividen tahun ini dan menyatakan keyakinan terhadap hala tuju pengurusan KPF.

“Mereka turut berharap agar kecemerlangan prestasi ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi manfaat seluruh anggota,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat