PKP3: KEKAL POSITIF ELAK KETIDAKSTABILAN EMOSI

Drama Pemilihan Ketua Menteri Sabah Belum Tamat

KOTA KINABALU - Konflik pemilihan Ketua Menteri Besar Sabah masih belum terjawab meskipun pimpinan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) telah mengadap Yang Dipertua Negeri Tun,...

Mahathir Kecewa Warisan Kalah, Tetap Namakan Shafie Apdal Calon PM

CYBERJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa kecewa dengan kekalahan Warisan dan sekutunya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam. Dr...

Zahid Hamidi Rasa UMNO Dikhianati – Sumber

Kuala Lumpur — Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah memberi amaran kepada wakil-wakil BN dalam perundingan iaitu Datuk Seri Bung Moktar Radin,...

Bung Mengadap TYT Petang Ini

Kota Kinabalu - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Bung Moktar akan mengadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin petang. Perkara itu dimaklumkan oleh...

Ketua Menteri Sabah Daripada BN?

KOTA KINABALU- Pengerusi Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor meninggalkan meja rundingan sebelum selesai perbincangan siapa Ketua Menteri Sabah. Hajiji berkata, perbincangan telah selesai dan...

Oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 15 April hingga 28 April 2020 yang diumumkan kerajaan semalam, membuktikan keseriusan kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian penularan pandemik Covid-19.

Kekal positif dan bersedia dengan kebiasaan baharu _‘the new normal_ ’ bagi mengelak timbulnya bosan, boring, sunyi, ‘mati kutu’ dan ‘jiwa kacau’ kerana ‘terperuk’ di rumah berikutan pelanjutan tersebut. Apakah kesan negatif kepada emosi dan kesihatan mental individu apabila pergerakan dan komunikasi diminimumkan dan terhalang dalam tempoh masa yang lama?

Menurut Prof Madya Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari, Pakar Perunding Kanan Psikiatri Universiti Malaya _“Tidak dinafikan bahawa penyesuaian terhadap PKP boleh membawa kepada keresahan jika tidak difahami dan dimanfaatkan sebaiknya kerana naluri manusia adalah bersosial dan bebas bergerak tanpa sekatan”,_ menurutnya lagi “Namun begitu, impak mental disebabkan kawalan pergerakan dan penjarakan fizikal ini adalah minimum.

Yang utama, setiap rakyat perlu melihat perkara ini dari sudut positif demi kebaikan bersama untuk membantu usaha membendung penularan wabak COVID-19”._

Tidak dinafikan, setiap individu mempunyai tahap tekanan dan kebimbangan yang berbeza dalam tempoh PKP sama ada dalam keadaan terkawal atau tidak. Seorang bapa bimbang dengan kelangsungan kerjayanya, guru risau dengan sukatan silibus yang sudah ketinggalan, pensyarah ternanti-nanti sama ada semester pengajian diteruskan atau sebaliknya. Pelajar sekolah, kanak-kanak tadika dan taska merindui gelak- tawa dan senda gurau bersama rakan-rakan.

Saya yakin jika setiap individu memahami pelanjutan PKP ini secara positif kebimbangan dan ketidakstabilan emosi dapat dikawal dan dibendung. Kepanikan melampau serta keresahan yang tidak munasabah, sehingga menjejaskan kenyenyakan tidur, hilang selera makan, menyendiri dan hilang tumpuan harus dielakkan. Meminimumkan tahap kepanikan adalah langkah awal bagi menstabilkan emosi sepertimana pesan Ibnu Sina (370-428 H/980-1037 M) “ Kepanikan adalah separuh penyakit, ketenangan adalah separuh ubat, dan kesabaran adalah permulaan kesembuhan”._ Perlu difahami bahawa kerisauan dan tekanan juga boleh menyebabkan imuniti badan menurun sekali gus memudahkan jangkitan penyakit.

Saya menyeru kepada ibu bapa, suami, isteri dan anak-anak menjadikan tempoh pelanjutan sebagai ‘ceria berkurung’ bagi mengeratkan hubungan dan memperkasakan institusi kekeluargaan. Setiap individu seharusnya memandang serius isu gangguan dan ketidakstabilan emosi ketika berada di rumah sepanjang tempoh PKP ini. Jika perkara ini tidak diendahkan dan ditangani dengan baik ia akan mencetuskan perbalahan dan keganasan dalam rumah tangga.

Kebimbangan ini juga disuarakan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, yang menggesa setiap negara untuk bertegas menjamin keselamatan rumah tangga dan wanita. Data menunjukkan perintah berkurung bagi membendung COVID-19 secara tidak langsung meningkatkan kes jenayah rumah tangga. Antonio Guterres menggesa diwujudkan keamanan di setiap rumah katanya “ _Peace is not just the absence of war. Many women under lockdown for COVID-19 face violence where they should be safest, in their own homes”._

Kongres Wanita Kebangsaan India melaporkan, negara itu mencatat peningkatan keganasan rumah tangga dua kali ganda pada minggu pertama perintah berkurung. Kes di Perancis turut meningkat tiga kali ganda dalam tempoh seminggu perintah berkurung dan di Australia, pencarian internet mengenai sokongan bagi kes keganasan rumah tangga meningkat 75 peratus. Walaupun kes keganasan rumah tangga di negara kita tidak meningkat seperti di India, Perancis dan Australia ketika tempoh PKP sepertimana kenyataan Kementerian Wanita dan Keluarga namun, perkara ini tidak boleh dipandang remeh. Mekanisme dan inisiatif pencegahan perlu diterokai bagi membendung gangguan emosi ketika di rumah yang membawa kepada keganasan rumah tangga semasa dan selepas PKP. Saya sarankan kepada Kementerian Wanita dan Keluarga mengambil langkah-langkah berikut:

• Talian khas kaunseling COVID-19 yang dikendalikan oleh Lembaga Kaunselor Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu ditingkatkan perkhidmatannya dengan menambah bilangan kaunselor perkhidmatan telekaunseling, tidak memadai hanya dengan 528 kaunselor ketika ini.

• Menjalinkan kerjasama strategik dengan melantik pakar psikiatri luar, NGO berkaitan, rumah kebajikan dan perlindungan persendirian sebagai sukarelawan JKM setempat yang menawarkan perkhidmatan kaunseling dan telekaunseling kepada penduduk.

• Setelah PKP berakhir, kaunselor dan pegawai JKM perlu ditempatkan di kawasan perumahan yang dikenal pasti berlakunya gangguan emosi dan keganasan rumah tangga yang tinggi bagi memudahkan rakyat mendapat mendapatkan perkhidmatan kaunseling secara terus.

Alhamdulillah, sebagai suami, bapa dan atuk sepanjang tempoh PKP ini, saya dapat memanfaatkan masa dengan melakukan aktiviti harian bersama anak-anak dan ahli keluarga serta melayan karenah, celoteh dan gurau- senda bersama cucu-cucu. Di samping menggunakan komunikasi maya sebagai platform bagi memastikan perjalanan dan aktiviti UMNO dan BN tetap berjalan. _‘Ceria berkurung_ ’ dapat mengelak daripada gangguan emosi dan dapat membantu meningkatkan imuniti bagi mencegah jangkitan COVID-19.

Enam panduan bagi menghindari ketidakstabilan emosi semasa di rumah sepanjang PKP:
*• Positif, fokus dan mengoptimumkan aktiviti* yang paling disukai dilakukan di rumah.

• *Bijak berinteraksi* bagi merangsang kreativiti diri, isteri dan anak-anak dengan permainan dan aktiviti menguji minda.

*• Elakkan memencilkan diri* dalam bilik, tindakan menyendiri dan tidak berkomunikasi dengan sesiapa boleh menjejaskan kesihatan emosi.

• *Kekal berhubung* dan berkomunikasi dengan rakan-rakan, ahli keluarga, jiran tetangga, rakan sekerja dan majikan menggunakan platform video, skype dan apa sahaja teknologi maya.

• *Kekalkan diet sihat dan corak tidur*. Jangan terlebih makan atau tidur untuk mengatasi kebosanan.

• *Meningkatkan amal ibadah dan berdoa* di samping mengamalkan zikir-zikir pilihan dan bacaan khusus pagi dan petang seperti Al-Mathurat, ayat Manzil dan bacaan Hizib bagi mendapatkan ketenangan jiwa dan terpelihara daripada sebarang musibah dan pandemik COVID-19.

Jiwa yang tenang dan tenteram dapat membentuk tindak-tanduk yang baik dan sempurna. Apakah mungkin emosi bercelaru, jiwa yang kusut dan serabut dapat membuat keputusan yang baik dan mampu mengurus kehidupan dengan teratur?

Ketenangan bermula dengan pemikiran dan tindakan yang positif. Syeikh Ibnu ‘Athaillah mengatakan: _“Tenangkanlah jiwamu daripada urusan kepentingan dunia, kerana segala sesuatu yang sudah dijanjikan oleh Allah, janganlah engkau turut memikirkannya”._

#juststayathome
#stayhomestaysafe
#kitajagakita

*Penulis merupakan Presiden UMNO.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

#PRNSABAH: Shafie Kalah Tapi Belum Tumbang

Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mungkin akan mengangkat sumpah sekali lagi esok berikutan kegagalan mana-mana parti menjadi dominan dalam Pilihan...

Dulu Ada Cerita Gembala, Dakwa Serigala Makan Kambingnya…

DALAM keadaan biasa, manusia kena tipu sekali sahaja. Dalam keadaan biasa, manusia jatuh dalam lubang yang sama pun sekali sahaja. Hanya dalam satu cerita penglipur...

PN Perlu Segera Merencana Pemberdayaan Wanita Malaysia

Oleh: Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff Setelah tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan pada 24 Februari 2020, kita mendapati kurangnya gerakan bagi membincangkan hala tuju perkembangan wanita...