Mawi lebih selesa tayang filem untuk tontonan dari rumah

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penerbit dan pengarah filem Hantu Kuat Ketawa, Mawi mengakui bahawa ini bukan masa yang sesuai untuk menayangkan filem keduanya itu di pawagam memandangkan situasi pandemik Covid-19 yang belum reda.

Mawi ketika ditemui di sidang media filem Hantu Kuat Ketawa berkata, penonton akan lebih selesa untuk menonton filem di rumah tanpa perlu memikirkan mengenai prosedur operasi standard (SOP) di pawagam. “Filem Hantu Kuat Ketawa adalah filem kedua saya selepas Tiada Tajuk. Jika filem pertama saya bawa ke pawagam untuk ditayangkan, kali ini, platform tayangan yang saya pilih adalah Astro First.

“Sekarang bukan masa sesuai untuk saya tayangkan filem di pawagam. Memang agak susah untuk penonton ke panggung wayang dengan pelbagai SOP yang ditetapkan. Di rumah lebih mudah sebab penonton hanya perlu langgan saja dan dapat menonton secara santai bersama keluarga kerana filem ini sesuai untuk seisi keluarga,” katanya kepada Harian Metro.

Pada masa sama, Mawi menghormati penerbit dan syarikat produksi yang berani membawa filem terbitan mereka ke pawagam.

Menurut Mawi, keputusan itu juga diambil selepas menimbang tara dari sudut kos penerbitan serta pemasaran untuk filem itu.

“Spesifikasi antara pawagam dengan platform tontonan di rumah ada banyak perbezaan dan begitu juga dengan kos penerbitan serta pemasarannya.

“Kali ini, promosi dan pemasaran dilakukan oleh pihak mereka. Jika tayangan di pawagam, syarikat produksi perlu membiayai sendiri kos pemasaran. Di situ, sudah ada penjimatan kos. Apa pun, semuanya saya anggap sebagai proses pembelajaran. Alhamdulillah, perjalanan untuk penerbitan filem kali ini dipermudahkan,” katanya.

Filem Hantu Kuat Ketawa yang juga filem komedi seram menampilkan lakonan Saiful Apek, Syanie Hisham, Along Cham dan Zarina Anjoulie Lavocah.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat