‘Mesti la nak kahwin, tapi bukan sekarang’ – Wany Hasrita

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi, Wany Hasrita, 30, menafikan dia sudah mengedarkan kad kahwin bagi melangsungkan majlis pernikahan dengan jejaka pilihan hatinya dalam tempoh terdekat ini.

Wany berkata, dia akan berkongsi sekiranya tarikh rasmi pernikahannya jika sudah diputuskan kedua-dua belah pihak.

“Bukanlah dalam sebulan dua ini, selepas Aidilfitri pun tidak. Tiada istilah kad kahwin sudah diedarkan pun. Kalau nak cakap majlis perkahwinan saya sudah menghampiri pun bukan juga.

“Kalau saya kahwin saya akan beritahu kepada semua. Lagipun media juga antara yang menaikkan nama saya di dalam industri seni. Jadi, sudah tentu kita mahu berkongsi apa yang kita suka.

“Saya pun tak tahu kenapa orang asyik kata saya nak berkahwin, mungkin kapsyen saya di hantaran Instagram, berbaur ‘loving’. Ia disebabkan saya mencintai diri saya,” katanya.

Menurut Wany, dia semestinya sudah memikirkan soal perkahwinan, namun masih menanti waktu yang tepat.

“Semua orang yang belum berkahwin mahu ke arah itu. Tapi nak kata tahun ini, tak tahulah, kita tengok jodoh saya sampai bila. Doakan yang terbaik buat saya sebab setiap orang mahu kahwin dan begitu juga dengan saya,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat