Hospital Taiping nafi mohon bantuan kewangan rawat pesakit

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Hospital Taiping menafikan hantaran palsu yang kononnya institusi kesihatan itu memohon bantuan kewangan untuk merawat seorang kanak-kanak perempuan.

Pengarah Hospital Taiping, Dr Narimah Yusof memberitahu pihaknya mengambil maklum mengenai isu tular sebuah “posting” memohon bantuan kewangan orang ramai untuk bayaran rawatan bagi seorang kanak-kanak perempuan.

“Pihak kami telah melaksanakan tindakan sewajarnya berkenaan perkara ini untuk pengesahan dari pihak terbabit dan siasatan lanjut mendapati bahawa resit bayaran berkenaan adalah palsu dan tidak dikeluarkan dari mana-mana pihak di Hospital Taiping.

“Siasatan juga mendapati bahawa penama serta maklumat nombor resit yang tertera di dalam resit berkenaan adalah tidak sahih malah pesakit berkenaan tidak pernah mendapatkan sebarang rawatan di mana-mana jabatan atau klinik di bawah Hospital Taiping,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sehubungan itu, Dr Narimah menyatakan pihaknya menafikan kesahihan resit tersebut serta mengecam tindakan individu atau pihak yang menggunapakai nama institusi kesihatan serta maklumat palsu untuk kepentingan peribadi.

“Pihak pengurusan Hospital Taiping dengan ini mengingatkan orang ramai untuk berwaspada dengan taktik serta kaedah individu tidak bertanggungjawab dalam mengambil kesempatan di dalam tempoh pandemik yang mencabar ini,” tegas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat