Adakah Sidang Dewan Rakyat Wajib Diadakan Dalam Darurat?

- Advertisement -
[PENAFIAN: Tulisan ini untuk mencambah fikiran sahaja. Penulis hanyalah ‘layman’ bukan Peguam untuk dijadikan rujukan]
—————————————————————————————————
  1. Pada hemat saya mengadakan sidang Dewan Rakyat untuk membincangkan ordinan-ordinan darurat adalah satu tindakan tidak rasional. Jika sidang Dewan Rakyat perlu diadakan untuk meluluskan ordinan maka tidaklah perlu diadakan darurat.
  2. Salah satu tujuan utama Proklamasi Darurat melalui Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan adalah untuk membolehkan Yang Di Pertuan (YDP) Agong meluluskan undang-undang dengan segera tanpa melalui sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
  3. Atas sebab itu, semasa Darurat YDP Agong diberi kuasa memperkenankan undang-undang dan dikuatkuasakan serta-merta. Undang-undang ini dinamakan sebagai Ordinan. Ini berbeza dengan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen yang dikenali sebagai Akta.
  4. Beberapa pihak memetik Perkara 150 (3) yang menyatakan, “A Proclamation of Emergency and any ordinance promulgated under Clause (2b) shall be laid before both Houses of Parliament and, if not sooner revoked, shall cease to have effect if resolutions are passed by both Houses annulling such Proclamation or ordinance, but without prejudice to anything previously done by virtue thereof or to the power of the Yang di-Pertuan Agong to issue a new Proclamation under Clause (1) or promulgate any ordinance under Clause (2b).
  1. Apakah maksud fasal ini? Ia tidak membawa maksud ordinan-ordinan Darurat ini mesti di bawa ke Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebelum dilaksanakan.
  2. Fasal ini antara lain memberitahu kita:

(i) Ordinan-ordinan yang diperkenankan oleh YDP Agong akan terus berjalan sehinggalah Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang bersidang pada masa akan datang memutuskan untuk membatalkannya atau mengangkat sebagai rang undang-undang yang bersifat Akta.

(Pada 2011 Kerajaan membentang pembatalan beberapa ordinan Darurat 1964 sekaligus mengesahkan ordinan darurat akan terus hidup selagi ia tidak dibatalkan oleh Parlimen – https://www.mstar.com.my/…/tiga-proklamasi-darurat-akan… )

(ii) Fasal ini juga memberitahu pembatalan ordinan-ordinan ini oleh Parlimen pada masa hadapan tidak menjejaskan apa-apa tindakan yang telah dilaksanakan melalui Ordinan yang diperkenankan oleh YDP Agong semasa darurat.

  1. Sebenarnya, sebelum membincangkan Perkara 150 (3) ini ahli politik perlu Perkara 150 (2a) (2b) dan (2c) (2A) yang jelas memberi kuasa kepada YDP Agong memasyurkan ordinan-ordinan tanpa pembincangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

(2a) Kuasa yang diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong oleh Perkara ini termasuklah kuasa untuk mengeluarkan Proklamasi-Proklamasi yang berlainan atas alasan-alasan yang berlainan atau dalam hal-hal keadaan yang berlainan, sama ada suatu Proklamasi atau Proklamasi-Proklamasi telah dikeluarkan atau tidak oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Fasal (1) dan Proklamasi atau Proklamasi-Proklamasi itu sedang berkuat kuasa.

(2B) Jika pada bila-bila masa semasa suatu Proklamasi Darurat sedang berkuat kuasa, kecuali apabila kedua-dua Majlis Parlimen sedang bersidang serentak, Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa ada hal-hal keadaan tertentu yang menyebabkan perlu baginya mengambil tindakan serta-merta, maka Yang di-Pertuan Agong boleh memasyhurkan apa-apa ordinan sebagaimana yang didapatinya perlu mengikut hal keadaan.

(2C) Sesuatu ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) hendaklah mempunyai kuatkuasa dan kesan yang sama sebagaimana Akta Parlimen, dan hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya seolah-olah ordinan itu ialah Akta Parlimen sehingga ordinan itu dibatalkan atau diungkaikan di bawah Fasal (3) atau sehingga ordinan itu luput di bawah Fasal (7); dan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk memasyhurkan ordinan di bawah Fasal (2B) boleh dijalankan berhubung dengan apa-apa perkara mengenainya Parlimen berkuasa membuat undang-undang, tanpa menghiraukan tatacara perundangan atau tatacara lain yang dikehendaki diikuti, atau perkadaran jumlah undi yang dikehendaki diperoleh di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen.

  1. Fasal 2(b) dengan jelas menyatakan Ordinan hanya boleh dibuat dalam dua kaedah iaitu (i) Dewan Rakyat dan Dewan Negara bersidang serentak; atau (ii) YDPA menggunakan kuasa baginda meluluskan Ordinan yang dicadangkan.
  2. Justeru adalah mustahil untuk mengadakan sidang Dewan Rakyat membahaskan dan meluluskan Ordinan kerana ia memerlukan kelulusan serentak di kedua-dua dewan.
  3. Gesaan mengadakan sidang Dewan Rakyat bagi membincang ordinan-ordinan yang di bawah kuasa YDP Agong adalah bertentangan dengan keperluan Perlembagaan dan merosakan matlamat darurat iaitu untuk mempercepatkan urusan negara dalam menentang pandemik Covid-19.
  4. Ketika makin ramai Ahli Parlimen didapati positif Covid-19, gesaan memanggil sidang Dewan Rakyat, yang tidak mempunyai apa-apa signifikan dari sudut perundangan, adalah satu tindakan bertentangan dengan usaha mengawal penularan pandemik ini.

Bersabarlah buat sementara waktu.

Kredit gambar: UM

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat