Memohon Dewan Rakyat Bersidang Bukan Derhaka – Peguam

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ada beberapa orang peguam tidak bersetuju dengan pandangan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, bahawa tindakan memohon Yang Di Pertuan (YDP) Agong memanggil sidang Dewan Rakyat adalah satu tindakan menderhaka (treason).

Portal berita Free Malaysia Today (FMT) memetik peguam Muhammad Rafique Rashid sebagai berkata, ahli-ahli Parlimen mempunyai hak untuk memanggil Parlimen untuk bersidang meskipun di dalam tempoh pelaksanaan darurat.

Menurut Rafique, Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan menyatakan proklamasi darurat dan apa-apa ordinan yang telah diluluskan seharusnya dibentangkan di Dewan Rakyat.

“I feel it is constitutional in calling for a sitting in Parliament to have an emergency to be looked at when the ordinance talks of exclusion of Parliament. (Saya fikir adalah tidak bertentangan dengan Perlembagaan untuk menggesa diadakan sidang Parlimen bagi meneliti pengisytiharan Darurat kerana ordinan yang dibincangkan telah mengenepikan Parlimen),” tambah Rafique.

Rafique berkata hal ini adalah kerana Parlimen mewakili konsep semak dan imbang (check and balance) dan hal tersebut tidak seharusnya membawa kepada suatu pengkhianatan (treasonous) memandangkan Perlembagaan telah secara jelas menyatakan tentang isu tersebut.

“Annuar mungkin mempunyai pandangan yang berat sebelah”, tambah Rafique.

Rafique berkata bahawa semua ahli Parlimen mempunyai dasar kebertanggungjawaban ke atas rakyat dan kawasan-kawasan Parlimen mereka, dan dasar tersebut seharusnya dipelihara.

Peguam Fahri Azzat juga tidak bersetuju dengan Annuar dan berpendapat surat tersebut tidak seharusnya dianggap sebagai suatu pengkhianatan (treason).

Beliau berkata akan hanya derhaka (treason) sekiranya UMNO menyatakan bahawa mereka ingin memecat YDP Agong.

Disebabkan itu, beliau berkata Annuar mungkin telah memandang tindakan tersebut dari aspek gerakan politik dan bukannya undang-undang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat