Melampau Annuar tuduh UMNO derhaka kepada Agong – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kenyataan Tan Sri Annuar Musa yang menuduh UMNO derhaka kepada Yang di-Pertuan Agong dianggap melampau.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi berkata, tuduhan itu dinyatakan dalam suratnya kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang memberitahu bahawa Annuar menolak diadakan sidang khas Parlimen.

“Annuar boleh puji melangit Bersatu. Itu hak dia. Tetapi jangan tergamak tuduh parti sendiri menderhaka kepada Raja seperti mana dia pernah buat di Kelantan dulu.

“Dia (Annuar) dengan sengaja memviralkan pula suratnya itu. Nampak dia berniat jahat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Puad menegaskan, asas dan tujuan UMNO disebut dengan jelas dalam Fasal 3 Perlembagaan UMNO.

“UMNO mendukung dan mempertahankan perlembagaan negara, perlembagaan negeri negeri dan Raja Berpelembagaan”. Tiada kompromi mengenainya.

“Tujuan ahli Parlimen menulis surat kepada Agong ialah memohon perkenan beginda supaya satu sidang khas Parlimen dipanggil. Maka terpulang kepada budi bicara beginda.

“Kenapa itu dikatakan menderhaka? Ia termaktub jelas dalam Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Hanya Agong berkuasa memanggil sidang khas semasa darurat bukan Perdana Menteri.

“Sebab itu yang dipersoalkan ialah gelagat Perdana Menteri. Iaitu gelagat beliau semasa “proses” memberi nasihat kepada Agong. Ketika itu dia tidak ada sokongan majoriti. Apakah dia bercakap benar.

“Lagipun dalam “Warta Ordinan Darurat” yang disiarkan, disebut dengan jelas di bahagian bawah selepas tanda tangan Perdana Menteri “Akan dibentangkan di Parlimen menurut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan“, ujarnya.

Jelas Puad, Ahli Parlimen bertindak mengikut klausa itu.

“Perdana Menteri dituduh melakukan “Darurat Politik”. Apa stabiliti yang beliau mahukan melalui darurat dan menggantung Parlimen.

“Apakah tempoh tujuh bulan sehingga Ogos pelabur asing akan masuk ke Malaysia? Darurat hanya menambah ketidak tentuan. Tiada check and balance. Pelabur tidak akan menunggu tujuh bulan lagi untuk datang.

“Kenyataan Perdana Menteri bahawa melalui darurat, Pusat Kesihatan swasta boleh dikerah membantu memerangi pandemik Covid-19 juga mengelirukan. Apakah PM tidak percaya komitmen mereka untuk membantu? Soalnya.

Di samping itu kata Puad tidak ada yang baru dalam Pakej Rangsangan yang diumumkan oleh Perdana Menteri sedangkan inisiatif yang diumumkan kebanyakannya sudah ada dalam Bajet 2021.

“Moratorium automatik dan PKP pun macam bukan PKP. Orang bebas ke shopping kompleks dan tempat terbuka.

“Justeru tidak timbul soal menderhaka kepada Agong. Tetapi Perdana Menteri tidak boleh dibenarkan berbohong dan menjadi semakin autokratik,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat