“Kalau jumpa orang hidup sengsara angkara harga barang naik, hantar bukti kepada saya” – Rafizi

- Advertisement -

 

KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menggesa rakyat mengemukakan bukti kepada beliau sekiranya terdapat sesiapa yang hidup sengsara gara-gara kenaikan melambung harga barang.

Kata Rafizi bukti kenaikan harga barang berkenaan akan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk diambil tindakan.

“Setiap bulan, ada harga barang yang naik, ada harga barang yang turun, ada yang tidak berubah.

“Tetapi tidak ada sesiapa yang boleh menafikan bahawa inflasi kekal rendah berbanding sebelum Kerajaan Madani mengambil alih.

“Jadi kalau terjumpa orang di media sosial yang kata harga barang naik melambung dan hidup sengsara sebab harga barang naik, saya minta hantar bukti itu kepada saya.

“Supaya saya boleh bagi kepada KPDN untuk diambil tindakan kerana jelas peniaga itu mengambil kesempatan, dalam keadaan suasana inflasi keseluruhannya adalah rendah,” gesa Rafizi.

Menurut beliau, hanya terdapat empat barangan segar yang dikesan mengalami kenaikan harga hingga 10 peratus dalam tempoh Julai 2024 berbanding Jun tahun ini.

Menteri Ekonomi itu menyenaraikan, barang berkenaan ialah betik biasa yang naik dari harga RM4.48 ke RM5.57 sekilogram (kg), manakala udang putih meningkat dari RM36.67 ke RM42.29 satu kg, oren valencia RM1.24 ke RM1.43 sebji dan jambu batu tanpa biji RM9.65 ke RM10.81 satu kg.

Beliau berkata, barangan segar itu antara 238 barang yang mengalami kenaikan harga.

“Tetapi terdapat 177 barang yang turut mengalami harga turun manakala 59 barang lagi tidak berubah harga.

“Ada 20 barangan segar yang turun harga melebihi 10 peratus antaranya, timun, kacang buncis, cili api, kubis bulat, daging kambing bebiri, limau kasturi, sawi, anggur merah, lada benggala, kacang panjang, ayam bersih, kailan, saderi, kacang botol, terung bulat, kubis bunga dan limau nipis.

“Ayam bersih turun harga dari RM9.62 kepada RM8.54 per kg,” katanya dalam muat naik video di Facebook pada Isnin.

Beliau membuat hantaran itu berikutan mendengar keluhan di media sosial mendakwa harga barang semakin melambung meskipun kadar inflasi negara stabil dan berada di bawah paras dua peratus iaitu terendah sejak beberapa tahun ini.

Menurut Rafizi, data itu didapati menerusi laporan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Kata mereka, kadar inflasi itu tidak betul sebab dimanipulasi tetapi saya yakin pegawai-pegawai kerajaan tak tipu saya bila mereka muktamadkan laporan inflasi setiap bulan, saya rasa kena semak juga.

“Jadi saya dapatkan laporan terperinci dari KPDN untuk menunjukkan perbandingan harga barang,” katanya.

Ujar Rafizi lagi, negara mempunyai sistem pelaporan harga barang yang baik dan laporan inflasi itu disokong oleh turun naik setiap harga barang yang dipantau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat