Tak Kisah Dilabel Pengkhianat, Asalkan Tak Khianat Rakyat – Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak tidak kisah dilabel “pengkhianat” asalkan beliau memenuhi kehendak dan harapan rakyat.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, walaupun Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim telah pun menjelaskan bahawa beliau tidak maksudkan Najib sebagai pengkhianat.

“Walaupun Arau (Shahidan) dah jelaskan dia tak maksudkan saya, saya berpendapat bahawa ianya lebih elok untuk saya digelarkan “pengkhianat” jika ini bermakna saya tak khianat pada kehendak dan harapan rakyat untuk pengeluaran dari akaun 1 KWSP dan lanjutan moratorium pinjaman secara automatik sehingga akhir Jun 2021.

“Sedangkan Pakatan Harapan (PH) dah lama tuduh kerajaan Perikatan Nasional (PN) penuh dengan pengkhianat dan ini bermakna saya tidak akan berseorangan,” catat Najib di Facebooknya.

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, kedua-dua kehendak dan keperluan yang kita nyatakan sebagai syarat untuk sokong Belanjawan 2021 adalah soal hidup atau mati bagi ramai yang sangat terdesak pada krisis Covid-19 ini.

“Yang tak perlukan, mereka tak berkesan. Tapi yang amat perlukan, ianya mungkin adalah soal hidup atau mati bagi sekeluarga.

“Kenapa dan bagaimana kedua-dua syarat boleh dilaksanakan tanpa memberi kesan kepada kerajaan sudah diberitahu saya dalam parlimen minggu lepas.

“Sebab itu, ianya lebih elok jika kerajaan penuhi sahaja kedua-dua syarat ini demi kebaikan semua pihak dan ekonomi negara,” jelasnya.

Terdahulu, Shahidan yang juga Pengerusi Backbenchers PN menegaskan sesiapa sahaja ahli Parlimen termasuk Najib dianggap pengkhianat sekiranya menolak Belanjawan 2021.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat