Saya Tidak Tuju Ungkapan Pengkhianat Kepada Najib – Shahidan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional, Shahidan Kassim berkata beliau “tersasul” dan tidak tujukan ungkapan ‘pengkhianat’ kepada Najib Razak apabila membidas pihak yang menolak Belanjawan 2021 pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Shahidan akur beliau menyebut Pekan apabila menggelar mereka yang tidak menyokong Belanjawan 2021 sebagai pengkhianat di sidang itu, namun memberitahu FMT ia akibat beliau diganggu oleh wakil rakyat semasa perbahasan.

“(Bukan Pekan) tapi saya nak cakap bekas menteri kesihatan,” katanya apabila diminta mengulas teguran yang dibuat itu.

Ahli Parlimen Arau itu memberitahu Dewan bahawa pihak yang menolak Belanjawan 2021 adalah pengkhianat kerana rakyat, terutama yang kehilangan kerja, menunggu bantuan kerajaan.

“Sesiapa sahaja yang menolak belanjawan ini, termasuk kawan saya, bekas menteri kesihatan, (kalau) tolak bajet, (maka) khianat rakyat,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2021.

Shahidan menegaskan hal itu ketika bekas menteri kesihatan, Dzulkefly Ahmad, meminta izin untuk mencelah.

Sebelum ini, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional, Najib Razak, pada Selasa lepas mengumumkan sokongan ahli Parlimen gabungan itu kepada Belanjawan 2021 tertakluk kepada pindaan dibuat.

Syaratnya ialah kerajaan membolehkan pencarum mengeluarkan sehingga RM10,000 daripada Akaun 1 KWSP secara “one-off”, dan meluluskan moratorium automatik untuk bayaran balik pinjaman bank selama 6 bulan.

BN mempunyai 43 ahli Parlimen dan sokongan mereka amat diperlukan perdana menteri untuk Belanjawan 2021 diluluskan memandangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) hanya mempunyai majoriti 2 kerusi di Dewan Rakyat. – FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat