Belanjawan 2021: “Rakyat Sabah Menderita, Tidak Boleh Tunggu Tahun Hadapan” – Najib

Isu keabsahan sesebuah kerajaan kini jadi tumpuan rakyat – Salahuddin

CYBERJAYA: Isu keabsahan sesebuah kerajaan mula menjadi perhatian dan penting untuk rakyat, kata Timbalan Presiden Parti Amanah (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub. Salahuddin berpendapat rakyat...

PH Johor tunggu dan lihat perkembangan sidang Dun

CYBERJAYA: Pakatan Harapan (PH) Johor mengambil pendirian tunggu dan lihat berhubung situasi yang akan berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Ahad, kata Majlis...

Bung Moktar jamin kemelut di Perak tidak akan merebak ke Sabah

CYBERJAYA: Apa yang berlaku di Perak tidak akan terjadi di Sabah, kata Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin. Beliau berkata, UMNO Sabah...

KKMM lipat ganda komunikasi sukarelawan, optimum peranan sukarelawan

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan melipatgandakan kerja 'komunikasi sukarelawan' dengan merapatkan hubungan dan kerjasama pelbagai bentuk atau kumpulan sukarelawan serta hubungan...

Ahmad Faizal letak jawatan selepas MB baharu dipilih

IPOH: Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan meletak jawatan selepas Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)...

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, rakyat Sabah paling terjejas akibat gelombang ketiga COVID-19 dan mereka tidak boleh tunggu hingga tahun hadapan sebelum bantuan tiba.

Ketika membahaskan Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat hari ini,

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, beliau mengharapkan agar tambahan RM1,000 dapat diperuntukan di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), khususnya untuk penduduk di negeri itu.

Menurut beliau, kerajaan sepatutnya tidak ada masalah kerana membuat peruntukan khas untuk Sabah selepas Petronas dilaporkan bersetuju membayar dividen RM1.23 bilion kepada negeri itu.

“Rakyat Sabah perlukan bantuan sekarang, bukan tahun hadapan. Sebab negeri Sabah telah dilaksanakan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) paling lama tempohnya, dan merupakan negeri paling terjejas akibat pandemik itu,” katanya lagi.

Najib berkata, Sabah perlu diberi perhatian khusus memandangkan negeri itu telah mencatatkan kadar kemiskinan tertinggi dan kadar pertumbuhan terendah dalam Malaysia.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan agar kerajaan mewujudkan dasar ‘Pandang ke Borneo’, sebagai salah satu usaha menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai destinasi pelaburan yang besar dan berpotensi menjana ekonomi negara.

“Saya mencadangkan apa jua visi atau pelan yang dicorakkan Kerajaan, perlu ambil pendekatan pandang ke Timur, tapi tak la jauh sampai ke Jepun. Cukup ke Borneo iaitu Sabah, Sarawak dan Kalimantan.

“Mereka ada sumber kekayaan asli yang amat besar, lokasi mereka strategik, kerana berdekatan dekat dengan negara membangun di Asia Timur berbanding Semenanjung Malaysia.

Tak masuk akal kita biarkan syarikat-syarikat utama Malaysia hanya melabur di luar negara, tanpa mengambil kira Sabah dan Sarawak,” katanya lagi.

Najib berkata, perpaduan sebenar adalah Sabah dan Sarawak bersama-sama dengan Malaysia, bukan semata-mata Sabah for Sabahan, atau Sarawak for Sarawakian sahaja.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

Isu keabsahan sesebuah kerajaan kini jadi tumpuan rakyat – Salahuddin

CYBERJAYA: Isu keabsahan sesebuah kerajaan mula menjadi perhatian dan penting untuk rakyat, kata Timbalan Presiden Parti Amanah (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub. Salahuddin berpendapat rakyat...

PH Johor tunggu dan lihat perkembangan sidang Dun

CYBERJAYA: Pakatan Harapan (PH) Johor mengambil pendirian tunggu dan lihat berhubung situasi yang akan berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Ahad, kata Majlis...

Bung Moktar jamin kemelut di Perak tidak akan merebak ke Sabah

CYBERJAYA: Apa yang berlaku di Perak tidak akan terjadi di Sabah, kata Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin. Beliau berkata, UMNO Sabah...