Ada yang jaga zoo, jaga tandas, tiada yang jaga ringgit ke?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kadar semasa (spot rate) Ringgit Malaysia pada pagi ini adalah RM4.76 iaitu yang terburuk tahun ini berbanding RM4.75 tahun lalu manakala kadar harian (intraday) terburuk adalah RM4.88.

Bekas Tokoh Wartawan Nasional, Datuk A. Kadir Jasin berkongsi kisah rakannya yang mengeluh kejatuhan nilai ringgit.

“ Ini cerita mengenai keluhan seorang rakyat zaman Malaysia Madani. Secara terbuka beliau mengaku penyokong kuat seorang anggota kanan Kabinet Kerajaan Perpaduan. Beliau menggelarnya “sahabat dunia akhirat”.

“Beliau sudah beberapa kali mengeluh mengenai kejatuhan nilai ringgit. Bunyi seakan-akan beliau ada tanggungan atau ahli keluarga di luar negara yang melibatkan tukaran mata wang.

“Saya faham sentimen beliau dan bersimpati dengannya kerana saya mengalami hal yang sama sampai hari ini. Saat ini pun saya ada anak belajar di luar negara (atas perbelanjaan sendiri),” kongsi A.Kadir di Facebooknya pada Khamis.

Tambah beliau ialah, paling mencabar ketika seorang anak belajar kejuruteraan di Amerika Syarikat berlaku krisis mata wang Asia pada tahun 1997-98.

Kata A.Kadir, dalam sekelip mata ringgit jatuh 80 peratus berbanding dolar daripada RM2.50 kepada RM4.50. Nasib baiklah Perdana Menteri masa itu, TunnDr Mahathir Mohamad, tambat ringgit kepada dolar pada kadar RM3.80.

“Apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi jadi Perdana Menteri, beliau batalkan tambatan itu pada tahun 2005 dan ringgit pun mulalah terumbang-ambing daripada paling kukuh sekitar RM3 pada 2011 (zaman Datuk Seri Najib Abdul Razak) kepada paling lemah sekarang ini.

“Pagi ini, kadar semasa (spot rate) adalah RM4.76 iaitu yang terburuk tahun ini berbanding RM4.75 tahun lalu. Kadar harian (intraday) terburuk adalah RM4.88.

“Jadi tidak hairanlah kawan saya itu mengeluh. Sesiapa pun yang ada anak belajar di luar negara atau membeli barang-barang import, termasuk beras, akan berasa beban kejatuhan ringgit,” kata beliau.

Maka kata A. Kadirn dalam akaun media sosialnya kawannya itu menulis: “Ada orang jaga stadium. Ada orang jaga tandas. Ada yang jaga zoo. Tiada yang jaga ringgit ke? Hawau.”

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat