Pas tak akan tinggalkan PN, berjuang bersama hadapi PRU16

KUALA LUMPUR – Pas menegaskan komitmen untuk terus bersama rakan-rakan gabungan dalam Perikatan Nasional (PN) dalam usaha menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Naib Presiden Pas Datuk Idris Ahmad menyatakan, perpaduan dalam gabungan ini adalah kekuatan utama bagi memperjuangkan kepentingan rakyat dan negara, di samping memperkasakan PN sebagai sebuah gabungan politik yang lebih utuh, berprinsip dan berpandangan jauh.

Tegas Pesuruhjaya Pas Perak itu lagi, Pas yakin dengan kebersamaan dan kesungguhan seluruh komponen PN, kita mampu menawarkan penyelesaian yang lebih baik, adil dan saksama kepada rakyat Malaysia.

“Pas mengambil maklum bahawa Bersatu telah selesai mengadakan Perhimpunan Agung, manakala Pas juga telah menamatkan Muktamar Tahunan. Keputusan yang dibuat oleh setiap parti adalah di peringkat masing-masing dan sewajarnya dihormati oleh semua pihak.

“Pas menegaskan komitmen untuk terus bersama rakan-rakan gabungan dalam Perikatan Nasional dalam usaha menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16.

“Perpaduan dalam gabungan ini adalah kekuatan utama bagi memperjuangkan kepentingan rakyat dan negara, di samping memperkasakan PN sebagai sebuah gabungan politik yang lebih utuh, berprinsip dan berpandangan jauh,” kata Idris.

Jelas Idris, PN perlu terus mengutamakan isu-isu rakyat yang semakin mencengkam kehidupan seharian mereka.

“Antara yang perlu diberi perhatian ialah pembelaan terhadap Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA), isu adik Zara Qairina, kesan penyesaran subsidi RON95, isu kos sara hidup, serta pelbagai lagi permasalahan yang rakyat amat mengharapkan PN untuk membela mereka.

“Pas turut menegaskan bahawa Himpunan Mega Tolak URA akan diadakan pada 4 Oktober 2025, dan Pas menjemput semua pihak untuk hadir bersama bagi memperjuangkan nasib rakyat yang bakal dizalimi selepas akta ini dikuatkuasakan,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat