KKMM Alu-Alukan Konsep Pawagam Pandu Masuk – Zahidi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengalu-alukan norma baru konsep pawagam pandu masuk yang diperkenalkan di negara ini susulan penularan pandemik Covid-19.

Timbalan Menteri KKMM, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, konsep pawagam seperti itu boleh dijadikan platform alternatif untuk menonton filem di layar besar sambil mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Pada saya konsep ini dapat memberikan pengalaman yang baharu kepada penonton untuk menonton tayangan filem di layar besar secara berkumpulan hanya daripada kenderaan masing-masing.

“Lebih menarik dengan kemajuan teknologi dan multimedia telah membolehkan audio filem disalurkan terus ke sistem audio kereta masing-masing melalui frekuensi radio khas,” katanya, dalam ucapan di majlis perasmian Pelancaran CineDrive, the Drive-in Cinema di Dataran Outdoor Carpark, 1 Utama Shopping Centre malam tadi.

Zahidi turut menasihati syarikat pawagam pandu masuk sentiasa memastikan pelaksanaan semua garis panduan dan SOP yang ditetapkan, termasuk saringan kesihatan, pembersihan dan disinfeksi premis serta penjarakan fizikal dan tatacara keselamatan lain.

“Di samping itu, semua kelulusan yang berkaitan haruslah diperoleh daripada pihak berkuasa.

“Dengan adanya kawalan kesihatan dan SOP saya yakin pengenalan konsep baharu seperti pawagam pandu masuk ini pastinya akan menjadi satu daya penarik untuk kembali merancakkan aktiviti menonton filem,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat