Pemimpin Kaya Tak Perlu BR1M, Tapi Rakyat Perlu – Annuar

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Datuk Seri Mohd Shafie Apdal diingatkan agar tidak sombong ketika mengeluarkan kenyataan, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Menurutnya, mungkin pemimpin yang kaya tidak memerlukan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) ataupun Bantuan Prihatin Nasional namun, rakyat di Sabah sangat mengharapkan bantuan sedemikian.

“Jangan sombong..pemimpin yang kaya-kaya mungkin tak perlu, tapi rakyat Sabah perlu.

“Tak payahlah bakar sentimen yang tidak untungkan rakyat…DAP tidak membantu rakyat Sabah,” kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu di Twitternya hari ini.

Semalam, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) memberi jaminan kepada rakyat Sabah untuk memberikan geran tanah sebanyak lima ekar bagi setiap keluarga di negeri itu.

Keyakinan itu akan dikotakan sekiranya pengundi di Sabah memberikan kuasa kepada sekali lagi untuk mengemudi kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September ini.

Malah kata penyandang Ketua Menteri Sabah berkenaan, rakyat di sini tidak memerlukan BR1M atau Bantuan Prihatin Nasional.

“Kita tidak mahu BR1M, orang Sabah tidak perlukan BR1M…Orang Sabah tidak perlu bagi bantuan Prihatin.

“RM1,000, RM2,000 untuk belanja satu tahun kita tak perlukan RM1,000 untuk setahun,” kata Shafie.

Perkembangan lain, Annuar memberitahu, Warisan mungkin tidak berjaya bawa masuk pelaburan dan mewujudkan peluang pekerjaan di Sabah.

Tetapi sebaliknya, Warisan berjaya bawa masuk DAP dan politik kebencian yang akan merosakkan keharmonian rakyat Sabah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat