YBR salur bantuan awal pengajian 334 pelajar cemerlang di Sabah

- Advertisement -

PENAMPANG — Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Penampang telah mengenalpasti 334 pelajar cemerlang B40 bagi menerima Bantuan Awal Pengajian.

Bantuan ini diberikan bagi membantu pelajar membuat persediaan awal sebelum memulakan semester yang akan bermula tidak lama lagi dengan menyediakan keperluan asas yang diperlukan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan, Jannie Lasimbang berterima kasih di atas bantuan yang diberikan oleh YBR dalam membantu golongan memerlukan khususnya dikalangan pelajar yang kurang berkemampuan.

“Usaha ini merupakan satu kerjasama yang padu bersama badan korporat di mana ia merupakan titik permulaan yang baik dalam membantu mereka yang memerlukan.

“Ini membuktikan warga pendidik boleh berganding bahu bersama organisasi swasta yang lain untuk mencapai matlamat pendidikan yang ingin dikecapi,” katanya pada Majlis Perasmian Bantuan Awal Pengajian YBR di SMK Bahang hari ini.

Majlis Perasmian Bantuan Awal Pengajian YBR tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Penampang Sektor Perancangan, Germaine Marcella Sikijip dan Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani.

Di dalam majlis yang sama Philip Benedict berkata, bantuan tunai yang diberikan setiap seorang itu diberikan kepada pelajar yang berjaya mendapatkan keputusan cemerlang.

Ini jelasnya sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang kepada mereka yang telah bertungkus lumus menunjukkan prestasi cemerlang di sepanjang tempoh persekolahan mereka.

“Bagi meneruskan usaha dalam melestarikan matlamat untuk meningkatkan taraf pendidikan di Malaysia, bantuan hari ini merangkumi pelajar matrikulasi serta IPTA dan IPTS yang menerima Bantuan Awal Pendidikan YBR,” katanya.

“Melalui inisiatif ini, YBR telah memberi bantuan kepada penerima yang layak sebagai permulaan memulakan semester atau menyediakan peralatan pengajian yang diperlukan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat