UMNO perlukan perubahan drastik – Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: UMNO memerlukan perubahan drastik daripada segi pendekatan, menjual naratif yang boleh diterima oleh rakyat dan perubahan kepimpinan untuk terus relevan dalam arus politik negara.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ruang dan masa dalam merencanakan pemulihan UMNO semakin singkat serta genting.

Beliau berkata, untuk UMNO pulih, parti itu memerlukan kepimpinan yang dinamik, berkebolehan dalam mengembalikan idealisme perjuangan parti.

“Kepemimpinan tertinggi perlu mendengar sama ada anjuran atau desakan daripada akar umbi termasuk sesuatu yang pahit untuk ditelan.

“Misalnya, gesaan untuk melepaskan jawatan sepertimana yang berlaku sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kolumnya, Jalar Fikir yang disiarkan Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera berkata, jentera UMNO perlu mengubah cara untuk berkempen.

“Cara berkempen seperti ceramah di Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan kepada ahli-ahli sendiri perlu dihentikan.

“Jentera parti perlu mendekati pengundi atas pagar dan parti lawan, bukannya ‘berdakwah’ kepada ahli sendiri.

“Media sosial harus dikuasai sepenuhnya kerana ia adalah alat kempen yang paling berkesan pada masa kini,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat