Nana Mahazan tak melatah dengan komen netizen

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Ruangan komen di Instagram pengacara, Nana Mahazan dihujani komen bercampur baur daripada netizen apabila dia memuat naik video iklan untuk satu produk yang dirakamkan ketika dia masih belum bertudung.

Tidak melatah dengan komen-komen itu, Nana atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan membalas dengan komen positif.

“Tak apa. Mereka tak perlu faham. Cukup kita dan Dia. Insya-Allah, semoga kita dipandang-Nya. Allah Maha Pengampun,” tulisnya.

Di Instagram Story, Nana juga menjelaskan bahawa akan ada beberapa video serta gambar lama yang digunakan kerana terikat dengan kontrak bersama pelanggannya.

“Akan ada lagi video dan gambar lama yang akan diguna pakai kerana sudah awal-awal diambil dan rakam. Harap faham.

“Kadang-kadang kita bekerja dan berurusan dengan pelanggan. Jadi, tarik nafas semua. Relaks. Allah Maha Tahu. Ujian kadang kita rasa untuk orang, sebenarnya adalah ujian untuk kita. Fikir-fikirkanlah. Selamat beramal,” tulisnya.

Dalam ruangan komen di platform media sosial itu, ada antara netizen yang memahami tanggungjawabnya sebagai selebriti yang sudah mengikat kontrak untuk menyiapkan tugasan iklan dan kempen.

Ada juga netizen yang menyarankan supaya dia menulis perkataan ‘#throwback’ dan tarikh rakaman untuk mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengikutnya di Instagram.

Namun, tak kurang juga ramai yang mendoakan agar dia terus istiqomah dalam penghijrahannya.

Terdahulu, Nana memuat naik video iklan mempromosikan satu produk dan dalam video itu, dia tampil tidak bertudung kerana video itu dirakamkan sebelum penghijrahannya.

Nana adalah antara selebriti yang kini mula berhijrah dan tampil bertudung baru-baru ini selain beberapa selebriti lain antaranya, Vicha, Siti Elizad, Izara Aishah dan ramai lagi.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat