‘Bagi mummy barulah…’

- Advertisement -

SEMPENA menyambut ulang tahun kelahiran anak tunggalnya, Jebat Jayden yang ketiga pada 30 Ogos ini, rata-rata peminat mencadangkan pelakon Sharnaaz Ahmad menghadiahkan ibu baru buat anaknya itu. Terdahulu, Sharnaaz menerusi hantaran di Instagram meminta pertolongan kepada pengikutnya untuk memberi cadangan apakah hadiah terbaik yang patut diberikan kepada anaknya mengikut kriteria yang disukai.

“Aku perlukan bantuan. Hadiah apa nak beli kat budak bertuah ni untuk hari jadi dia. Antara kesukaan dia adalah menari, menyanyi, kentang goreng, ayam bakar, Spider-Man, obses dengan bulan, biskut, main air berjam-jam dan perempuan cantik (ikut baba).

“Selain dari bagi mak baru, tolong bagi idea geng. Dah dekat 30 Ogos ni. Pertolongan anda boleh membantu ibu bapa yang macam aku yang hilang idea nak beli apa,” tulisnya.

Hantaran terbaharu Sharnaaz mendapat maklum balas yang positif apabila rata-rata pengikut meninggalkan komen supaya memberikan ibu baru.

“Bagi mummy barulah mamu oii,” kata seorang pengikutnya.

“Bagi perempuan cantik,” kata seorang lagi pengikut.

“Sebab suka perempuan cantik macam baba… Hadiah mummy seorang lagi,” kata seorang lagi wargamaya. Untuk rekod, Sharnaaz berkahwin dengan Noor Nabila pada 31 Mac 2017. Bagaimanapun pasangan itu sah bercerai pada 9 Julai 2020 secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat