Menteri Negatif Covid-19, Lepas Balik Dari Turki

- Advertisement -

Cyberjaya – Keputusan ujian Covid-19 yang diambil ke atas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali yang pulang dari Turki pada 7 Julai lalu dilaporkan negatif.

Menurut sumber, ujian itu diambil beliau sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan mengambil masa lima jam sebelum didapati negatif.

“Beliau ke sana pada 3 Julai lalu selepas mendapat keizinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin malah Turki ketika itu adalah sebuah negara dikategorikan sebagai zon hijau.

“Isu ini akan dijawab oleh pihak menteri sendiri dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Terdahulu ketika membahas Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020) menjadi sedikit kecoh apabila Teresa Kok (PH-Seputeh) yang mencelah perbahasan Dr Lee Boon Chye (PH-Gopeng) mendakwa ada seorang menteri ke luar negara dan tidak menjalani kuarantin 14 hari selepas pulang.

Menurutnya, menteri berkenaan mengadakan lawatan tidak rasmi ke Turki pada 3 hingga 7 Julai tetapi menghadiri persidangan Dewan Rakyat pada 13 Julai lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat