Nik Mohd Noor dilantik sebagai Setiausaha, Ketua Pegawai Eksekutif EAIC baharu

Oleh Zihan Zari

PUTRAJAYA – Ketua Seksyen Kes-Kes Terkelas, Bahagian Guaman, Jabatan Peguam Negara (AGC), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Hj. Nik Mohd Noor Nik Kar telah dilantik sebagai Setiausaha merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, berkuat kuasa 17 Julai 2026, umum Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).

EAIC dalam kenyataan berkata, pelantikan Nik Mohd Noor bagi menggantikan Asliza Ali
berikutan tempoh perkhidmatannya di EAIC telah berakhir.

Katanya, Nik Mohd Noor berpengalaman luas dalam bidang perundangan menerusi khidmat di Jabatan di AGC sebagai Pegawai Undang-Undang (Gred Utama C) pada 2024 hingga 2026, dan pernah berkhidmat di Bahagian Guaman iaitu Unit Kontrak dan Kecuaian Perubatan (2010 hingga 2017).

Beliau turut berkhidmat sebagai Pengarah Guaman Negeri di Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor, Pengarah Guaman Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pengarah Biro Bantuan Guaman Sarawak dan Pegawai Siasatan di Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Jelas kenyataan itu lagi, pelantikan ini akan memastikan kesinambungan pentadbiran dan tadbir urus EAIC dalam melaksanakan fungsi serta mandat di bawah Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700].

EAIC dalam catatan di media sosial berkata, seluruh warga EAIC mengalu-alukan kehadiran Nik Mohd Noor dan berharap kepimpinan yang dibawanya akan terus memperkukuh kecemerlangan organisasi serta mempertingkat penyampaian perkhidmatan Suruhanjaya.

Dalam perkembangan sama, EAIC turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Asliza Ali atas komitmen, kepimpinan dan khidmat bakti beliau sepanjang tempoh dua tahun menerajui pentadbiran Suruhanjaya sejak tahun 2024.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat