“Malam Pesta Ronggeng” Di Saloma KL – Gabungan eksklusif muzik, budaya dan gaya hidup klasik moden

KUALA LUMPUR – Dalam dunia hiburan yang semakin dibanjiri oleh aliran kontemporari, sebuah acara istimewa bakal menjadi ruang pertemuan unik antara warisan seni dan gaya hidup moden Malam Pesta Ronggeng bersama Aruel & The Fasola, yang akan berlangsung di Saloma Kuala Lumpur pada 15 dan 16 Ogos ini.

Lebih daripada sekadar persembahan muzik, Malam Pesta Ronggeng menawarkan sebuah pengalaman menyeluruh yang mengangkat kembali semangat glamor zaman kegemilangan era 40-an hingga 60-an, dengan sentuhan moden yang eksklusif dari konsep muzik, gaya persembahan sehinggalah ke suasana lokasi.

Dianjurkan oleh HS Event & Entertainment, acara ini bukan sahaja mengembalikan kenangan irama lama tetapi turut menyatukan elemen seni, budaya, dan gaya hidup dalam suasana yang mewah dan bergaya. Bertemakan “tari menari dengan sentuhan klasik”, acara ini memberi nafas baharu kepada irama jazz Melayu, latin dan pop klasik yang pernah menjadi nadi hiburan zaman silam.

Menariknya, konsep ‘Buloh Inn’ yang pernah popular satu ketika dahulu dijadikan inspirasi sebuah tempat di mana muzik bukan sekadar hiburan, tetapi satu bentuk ekspresi budaya dan emosi.

Bagi Aruel & The Fasola, Malam Pesta Ronggeng menjadi pentas sulung mereka kepada khalayak umum selepas dua tahun hanya tampil secara eksklusif dan tertutup. Kumpulan yang menampilkan 10 pemuzik termasuk penyanyi latar ini memilih untuk tampil dengan gubahan semula karya-karya agung Tan Sri P. Ramlee dan Saloma, namun dengan pendekatan yang lebih segar dan berani.

“Persembahan kami bukan sekadar penghormatan kepada legenda, tetapi satu bentuk kesinambungan  kami cuba membawa roh muzik lama ke dalam era baharu,” jelas Aruel.

Dengan susun atur meja-meja makan malam yang eksklusif, iringan muzik langsung, dan suasana nostalgik yang dihidupkan melalui pencahayaan, pakaian dan gerak tari, Malam Pesta Ronggeng bukan hanya mengajak tetamu mendengar, tetapi merasai dan menyertai sendiri pengalaman itu.

Para tetamu digalakkan hadir dengan gaya klasik – menjadikan acara ini seperti “time capsule” budaya Melayu klasik dalam versi lebih kontemporari. Dari irama Cha Cha, Rumba, Bossa hingga Twist, Aruel & The Fasola menghidupkan kembali gaya hidup yang hampir dilupakan: muzik yang membuat kaki ingin menari dan hati ingin bernyanyi.

Dengan harga tiket bermula dari RM400 hingga RM800 seorang, termasuk makan malam dan cenderahati eksklusif, acara ini turut menjadi simbol pelaburan dalam seni budaya tanah air – satu bentuk sokongan terhadap hiburan yang lebih berakar, berbudaya dan bermaruah.

Menurut penganjur, Datin Riza Che Umar, Malam Pesta Ronggeng bukan hanya satu persembahan, tetapi misi jangka panjang untuk mengangkat semula muzik klasik ke pentas utama.

“Kami tidak mahu muzik klasik hanya hidup dalam arkib atau dokumentari. Ia perlu dirasai, dialami dan diraikan dan itulah yang cuba kami capai melalui acara ini,” ujarnya.

Dengan sasaran 50 meja bagi dua malam persembahan dan sambutan tiket yang sangat menggalakkan, Riza turut mendedahkan bahawa pihaknya merancang untuk menjadikan acara ini sebagai program berkala setiap empat bulan mencipta gelombang baharu dalam dunia hiburan klasik tempatan.

Malam Pesta Ronggeng bukan sahaja mempersembahkan hiburan, tetapi mencipta platform yang memuliakan budaya. Ia menjadi peluang kepada generasi muda untuk lebih mengenali warisan muzik dan seni tanah air dalam cara yang segar, bergaya dan relevan.

Bagi mereka yang rindukan zaman lampau, atau ingin merasai magisnya buat kali pertama, ini adalah malam yang tidak wajar dilepaskan.

Maklumat Tiket & Tempahan Meja:

  • DIAMOND (VIP): RM8000 / RM800 per pax (termasuk makan malam & merchandise rasmi)
  • PLATINUM: RM6000 / RM600 per pax
  • GOLD: RM4000 / RM400 per pax

Tempahan:
📞 SNI: 012-662 4079 | HATTA: 018-223 9934 | JOE: 017-470 5455

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat