Starlink Mungkin ‘Bunuh’ Industri Telekomunikasi Tempatan Jika Tiada Kajian Terperinci- Annuar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Industri telekomunikasi dan Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) tempatan akan terkesan sekiranya kehadiran Starlink oleh SpaceX tidak dikaji secara terperinci oleh kerajaan.

Presiden Muafakat Nasional (MN) Tan Sri Annuar Musa berkata, Starlink tidak hanya menggantikan menara tetapi juga industri syarikat telekomunikasi sedia ada yang bernilai lebih RM 30 bilion di Malaysia.

“Ini adalah peralihan kepada model semasa – tiada kajian yang dilakukan dengan betul untuk memastikan sama ada Malaysia bersedia untuk peralihan ini.

“Ianya akan memberi kesan kepada syarikat ISP tempatan – iaitu syarikat-syarikat menara, dan juga Telco seperti Digi, Celcom, Maxis, dan sebagainya,” katanya di Facebook pada Rabu.

Annuar memberitahu, pengetahuan (berdasarkan penghasilan dan penggunaan) bagi ‘low altitude satellite internet’ semakin hampir kecekapannya dengan rangkaian berdasarkan menara.

“Ini kerana ianya dikuasakan sepenuhnya oleh tenaga solar yang ditingkatkan dari segi kecekapan (efficiency).

“Oleh itu ia mencabar kecekapan sistem grid yanh lazimnya merangkumi kawasan radius seluasa 2 hingga 5 km. Isunya adalah berkaitan rangkaian fiber dan spektrum,” jelasnya.

Menurut Annuar Starlink(yang menggunakan LEO-Satelit Low Earth Orbit) hanya sesuai untuk lokasi yang tidak mempunyai kabel fiber.

Jelasnya, harga untuk 100Mbps yang ditawarkan oleh Starlink adalah mahal berbanding dengan rancangan sedia ada berasaskan fiber.

“Starlink lebih sesuai untuk kawasan luar bandar yang tidak mempunyai akses kepada fiber, 4G, 5G dan sebagainya.

“Universiti dan kolej boleh mendapatkan internet yang lebih pantas dan mudah dengan menggunakan kabel berwayar dan penempatan internet 4G/5G.

“Apa yang penting kerajaan perlu memaksa atau menghukum syarikat penyedia/telco yang berkaitan kerana menyediakan liputan yang lemah dengan hanya fokus kepada mencari keuntungan. Kerajaan perlu memberi tumpuan yang lebih kepada perkara ini,” katanya.

Bagaimanapun Annuar menyokong sebarang usaha tingkatkan capaian dan kelajuan internet di semua IPTA/ IPTS.

“Peruntukan yang lebih besar perlu diberikan kepada semua IPTA/IPTS bagi tujuan ini

“Sebagai langkah alternatif, letakkan peralatan Starlink dikawasan luar bandar yang terpencil saperti kes pelajar gadis Sabah yang terpaksa mengambil peperiksaan di atas pokok dapat menikmati akses internet yang bagus.

“Pilihan universiti untuk program Starlink haruslah kepada universiti yang tidak mempunyai kabel fiber untuk mewajarkan kos pelaburan oleh kerajaan – tanpa memilih kasih sama ada universiti negeri pembangkang atau universiti negeri kerajaan,” cadang beliau.

Sementara itu kata Annuar lagi, Starlink lebih mahal berbanding perkhidmatan ISP sedia ada.

Katanya, caj untuk Starlink melibatkan sekali pembayaran (pemasangan) dan juga langganan bulanan.

Dalam pada itu kata beliau, manfaat tidak langsung daripada Starlink adalah Tesla membuka ibu pejabat di Selangor.

“Tetapi dengan adanya ibu pejabat sahaja bukanlah sesuatu yang mencukupi. Kilang Tesla berada di Indonesia, jadi tidak banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan kerana ibu pejabat biasanya mempunyai bilangan pekerja tempatan yang sedikit dan selebihnya dari Amerika Syarikat,” ujarnya lagi.

Dari aspek positif kata Annuar ialah, rancangan yang lebih besar oleh Elon adalah SpaceX adalah untuk liputan dan kereta elektrik (yang bersambung antara satu sama lain) dengan kapasiti lebih tinggi

“Kedua-duanya menggunakan tenaga daripada matahari. Rangkaian masa depan adalah “kuasa/power kepada data” bukan “RAN kepada data” .

“Kesemua ini memerlukan penelitian dan merangka dasar dasar yg sesuai dengan melindungi kepentingan negara kita,” syor beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat