Cuaca Panas Dijangka Tidak Beri Kesan Terhadap Bekalan Air di Pahang

- Advertisement -

PEKAN – Fenomena cuaca panas melanda negara sejak Mac lalu dijangka tidak memberi kesan besar terhadap penyaluran bekalan air di Pahang.

Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) sentiasa memantau paras air di muka sauk yang terdapat di negeri ini bagi memastikan tidak berlaku gangguan luar jangka.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Saiful Zaini Mohd Bokhari berkata, pemantauan itu dilakukan secara harian dan sebarang perkembangan akan direkodkan oleh petugas bertanggungjawab.

“Untuk satu Pahang seperti diarahkan SPAN (Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara) kepada semua operator, kita memang pantau setiap muka sauk dan setakat ini tidak ada masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyertai lawatan Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff ke loji rawatan air (LRA) Belimbing dan Sekor, dekat Pekan, hari ini.

Ketika ditanya mengenai paras air di empangan yang terdapat di Pahang, Mohd Saiful Zaini memberitahu, kebanyakan empangan di negeri ini tidak berada di bawah penyelenggaraan PAIP.

Namun katanya, empangan Chereh, dekat Kuantan yang diuruskan pihaknya setakat ini tidak merekodkan sebarang masalah penurunan paras air.

Dalam pada itu, Mohammad Fakhruddin berkata, kerajaan Pahang menyediakan peruntukan berjumlah RM65.25 juta bagi kerja naik taraf paip lama yang bermasalah di daerah Pekan.

“Peruntukan ini disalurkan melalui PAIP dan selain menukar paip usang di daerah Pekan, peruntukan itu juga bagi pelaksanaan projek bekalan air di Nenasi yang bernilai RM19 juta.

“Kerja penukaran booster pump di Kampung Gemuruh yang bernilai RM50,000 juga sedang dalam perancangan pihak PAIP manakala bagi kawasan FELCRA Sri Makmur di Belimbing pula, kita cadangkan penggantian paip dan pam membabitkan kos sebanyak RM3 juta,” katanya.

Beliau turut memaklumkan kerja di kolam takungan dan muka sauk LRA FELDA Chini bernilai RM20 juta dan pembinaan tangki sedutan di Temai bernilai lebih RM900,000 yang dijangka siap 6 November ini.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat