PM umum tiga pendekatan selesai masalah pekerja asing

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Majlis Tindakan Ekonomi hari ini membincangkan tiga pendekatan utama dalam urusan pengambilan pekerja asing.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata, Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama pihak industri, persatuan perniagaan dan pihak berkenaan mengadakan pertemuan secara bersemuka bagi menyelesaikan isu-isu pengambilan pekerja asing sehingga hujun bulan Julai ini.

“Perkara kedua ialah para majikan digesa untuk mempertimbangkan pengambilan pekerja asing dari negara sumber yang telah diluluskan dan tidak bergantung kepada negara sumber tradisi sahaja.

“Ketiga, KSM digesa mempercepatkan pelaksanaan proses temuduga majikan dengan menambah bilangan penemu duga di One Stop Centre (OSC) mengikut zon dan negeri-negeri,” kata Ismail Sabri dalam kenyataan pada Selasa.

Selain itu, antara inti pati lain yang dibincangkan ialah mengurangkan kerenah birokrasi dalam penyampaian perkhidmatan awam dan sekuriti makanan.

Malah kata Perdana Menteri lagi, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) juga diminta mengukuhkan program MyMudah dengan menyelesaikan kes-kes kompleks dalam tempoh 60 hari.

“Mesyuarat turut bersetuju agar MPC menyegerakan penubuhan Unit MyMudah bagi kementerian yang belum melaksanakannya serta penubuhan MyMudah di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam memastikan isu-isu birokrasi di peringkat tersebut dapat ditambah baik.

“Kementerian Pertanian dan Industri Makanan diminta melaksanakan program-program berkaitan sekuriti makanan negara yang telah dipersetujui kerajaan dengan segera,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat