Nora Danish bercita-cita miliki produksi sendiri

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon jelita Nora Danish memasang impian untuk membuka sebuah syarikat produksi miliknya satu hari nanti.

Nora berkata, melihat kejayaan aktres Janna Nick yang kini bergiat aktif sebagai penerbit dan pengarah membuatkan dia terinspirasi dan mahu mencuba nasib.

“Kalau nak beralih ke fasa seterusnya, saya akan teruskan juga dalam bidang seni ini kerana kerjaya ini adalah minat saya.

“Saya ada bercita-cita untuk membuka sebuah syarikat produksi. Saya mahu beri fokus kepada bidang penerbitan dan pengarahan.

“Saya sangat kagum dengan Janna Nick. Saya baru sahaja selesai penggambaran dengannya untuk sebuah karya seram. Saya kagum melihat cara dia mengarah.

“Saya terkejut sebab caranya macam dah berpengalaman. Dia ada karisma dan hala tuju yang tersendiri. Saya sangat terpegun. Dia memberi inspirasi kepada saya walaupun usianya masih muda. Saya jatuh hati dengan cara kerja dia,” katanya.

Menurut Nora, walaupun sudah hampir 18 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan, dia mengaku belum menemui watak yang mampu memberikan kepuasan dan belum bercadang untuk bersara dalam masa yang terdekat.

“Sebenarnya, sejak daripada awal pembabitan dalam dunia seni ini, saya memang tak terfikir untuk berlakon selamanya. Saya ada sasaran saya sendiri.

“Walaupun sudah meniti usia 40 tahun, sebenarnya ada banyak lagi perkara yang belum saya kecapi. Ada lagi cita-cita yang saya idamkan. Saya memang sangat sukakan watak ‘hopeless romantic’.

“Kalau orang tanya, watak apa yang saya belum dapat, jawapan saya tetap love story. Saya belum dapat watak yang betul-betul kena dengan jiwa saya. Jadi, untuk bersara itu, mungkin belum lagi,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat