‘Licin’ sunting video

- Advertisement -

RINGAN, kecil dan pantas. Itu tiga perkataan yang boleh mewakili peranti baharu keluaran Apple iaitu generasi MacBook Air dengan cip pemproses baharu M2.

Cip pemproses berkenaan adalah silikon generasi baharu selepas kejayaan M1 dan ia menyambung legasi kecemerlangan cip berkenaan bersama penawaran keupayaan yang lebih baik.

Binaan cip berkenaan adalah berteraskan kepada lima nanometer, sekali gus menjadikan bahawa cip Apple M2 adalah pemproses termaju dalam kelasnya.

Berdasarkan pengalaman penggunaan, MacBook Air dengan cip M2 ini sangat sesuai untuk semua tugasan bermula daripada rutin asas iaitu menaip sehingga kepada talaan prestasi kompleks seperti sintesis imej, video dan pembikinan animasi.

Pengguna tidak akan menghadapi banyak masalah seperti sistem ‘crash’, kelengahan serta proses suntingan terganggu sebaliknya semua boleh dilakukan dengan begitu ‘licin’.

Untuk tugasan suntingan video khususnya berdurasi panjang serta resolusi tinggi seperti 4K atau 8K, untuk sistem suntingan konvensional, pengguna menghadapi masalah khususnya tempoh sintesis yang panjang.

Bagi pengguna yang sering melakukan tugasan sintesis kompleks ini, ia selalunya mengambil masa sepanjang malam untuk sistem konvensional, namun menerusi MacBook Air yang dikuasakan dengan cip M2, ia hanya boleh dilaksanakan dengan beberapa jam.

Untuk ujian, penulis melakukan proses suntingan video 4K berdurasi 15 minit dengan empat lapisan video bersama-sama kesan grafik, tempoh yang diambil untuk proses sintesis berkenaan hanya kurang daripada 20 minit tanpa sebarang masalah.

Ia membuktikan bahawa cip Apple M2 ini begitu berkuasa dan ia adalah hasil kejuruteraan termaju berbanding generasi terdahulu.

Menyentuh aspek spesifikasi bagi MacBook Air 2022 dengan cip M1 ini, pengguna boleh melakukan pemilihan dua variasi iaitu lapan teras CPU serta Unit Pemproses Grafik (GPU) dengan padanan 8GB memori tergabung (Unified Memory) bersama storan 256GB SSD.

Bagi variasi kedua, ia didatangkan dengan lapan teras CPU dan 10 teras GPU bersama-sama memori tergabung 8GB dengan storan 512GB SSD.

Bagaimanapun, pengguna boleh melakukan pengubahsuaian spesifikasi dan MacBook Air menyokong memori tergabung sehingga 24GB manakala storan adalah 2TB SSD.

Tanda harga masing-masing bermula pada RM5,499 serta RM6,699 mengikut kesesuaian penggunaan.

Pengguna juga tidak perlu bimbang dengan penggunaan kuasa kerana ia mampu bertahan sepanjang hari biarpun digunakan pada tahap maksimum.

Selain itu, skrin paparan 13.6 inci Liquid Retina bersama True Tone itu sangat sesuai untuk pengguna yang sering menghasilkan suntingan imej atau video memandangkan tona warna persis warna sebenar.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat