Upai bawa kelainan

- Advertisement -

MEMULAKAN langkah sebagai penyanyi pada usia 40 tahun tidak menjadi penghalang buat penghibur kelahiran Brunei Darussalam, dikenali Upai untuk mengorak langkah dengan penuh bersemangat.

Baginya, kehidupan sebagai penyanyi baru saja bermula berbekalkan pengalamannya yang aktif berkerja di belakang tabir sejak enam tahun terakhir ini.

“Semua orang boleh bermimpi, dan tak kisahlah umur berapa sekali pun, kalau kita nak gapai mimpi kita, teruskan.

“Dalam kes saya, bukan saja saya menganggap apa yang berlaku sebagai tuah, tetapi juga kebetulan. Saya tidak menganggap diri saya sebagai penyanyi, tetapi penghibur,” katanya.

“Saya bekerja sebagai jurutera audio dan lama kelamaan, saya terus mengembangkan sayap kerjaya sebagai jurutera audio di dalam produksi dan penerbitan muzik.

“Secara profesional, saya bekerja dalam bidang ini di Jakarta selama empat tahun, sebelum berpindah ke Kuala Lumpur pada 2019.

“Rezeki saya ditemukan dengan Faithful Music dan bekerja dengan mereka dalam bidang penerbitan serta persembahan secara langsung,” katanya.

Hadir dengan single yang begitu unik menggunakan judul I Sayang You Walau Orang Kata You Tak Cantik, Upai tidak menyangka demo yang dihantar untuk dinyanyikan oleh penyanyi lain, kini menjadi single sulungnya.

“Pada awalnya, niat asal saya adalah untuk menghantar demo ini kepada label dan mencari kalau-kalau ia sesuai dinyanyikan oleh mana-mana artis.

 

USIA bukan penghalang, Upai tekad capai impian sebagai penghibur.
USIA bukan penghalang, Upai tekad capai impian sebagai penghibur.

 

“Saya ada hantar beberapa demo lagu termasuklah lagu I Sayang You Walau Orang Kata You Tak Cantik dan pihak label bersetuju untuk mencari penyanyi yang sesuai.

“Tak lama selepas itu, dunia dilanda dengan Covid-19 dan itu menjadi salah satu sebab penerbitan lagu ini ditunda beberapa kali.

“Tahun ini, selepas perbincangan bersama Faitfful Music, mereka mencadangkan agar lagu ini dilancarkan dan saya sendiri menyanyikannya berikutan ia lebih sesuai dengan jiwa dan karakter saya,” katanya.

Ketika ditanya mengenai calon penyanyi yang sesuai menyanyikan lagu itu sekiranya ada, Upai menamakan beberapa penyanyi lain.

“Ada dua nama yang saya rasakan sesuai. Pertama adalah penyanyi, Fairuz Misran yang popular dengan wajah mirip Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan seorang lagi adalah, Luqman Podolski,” katanya.

Berkongsi mengenai konsep muzik yang dibawakannya, Upai atau nama sebenarnya Erwinizan Mugit ingin mencipta kelainan.

“Konsep saya adalah untuk menghasilkan satu karya yang berbeza daripada apa yang sudah sedia ada di dalam industri muzik ketika ini.

“Jadi, saya dedikasikan lagu ini kepada karakter pilihan saya iaitu Miss Piggy dari siri TV kanak-kanak, Sesame Street.

“Bagi saya, dia digambarkan sebagai wanita yang yakin dengan dirinya dan memiliki kejelitaan peribadi tersembunyi dari dalam,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat