Kerajaan tak gagal, tiada peraturan atau buku teks nak dirujuk uruskan Covid-19 – Menteri Kewangan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kritikan kerajaan gagal tidak sewajarnya dilemparkan kepada Perikatan Nasional (PN) memandangkan pelbagai bantuan secukupnya telah disediakan secukupnya untuk rakyat.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam wawancaranya bersama South China Morning Post (SCMP) berkata, beliau memilih untuk berlapang dada terhadap tohman kerajaan gagal yang menjadi kempen pembangkang dan warganet di media sosial.

“Saya tak rasa sesiapa pun tahu apa yang perlu dilakukan, tiada peraturan atau buku teks yang boleh dirujuk.

“Jadi amat penting untuk kita lakukan yang terbaik… (dan) kita semua bersatu untuk memerangi Covid-19,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menambah, negara ini tidak perlu melalui krisis politik kerana kita sudah pun berdepan krisis berganda membabitkan ekonomi dan kesihatan.

Tengku Zafrul mengakui situasi politik semasa “kurang ideal”.

Ditanya sama ada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memiliki sokongan mencukupi daripada Ahli Parlimen untuk bertahan dalam undi tidak percaya.

Beliau berharap parti-parti politik boleh bekerjasama pada masa depan.

Pun begitu, Tengku Zafrul memilih kekal di kedudukan neutral dalam politik dan tidak akan bertanding pada pilihan raya akan datang.

Mengenai defisit kepercayaan terhadap kerajaan semasa, beliau bersikap optimistik secara berwaspada tentang sama ada kerajaan dapat mencapai matlamat dalam memerangi wabak Covid-19.

Ujarnya ia bergantung kepada cara pelaksanaan rancangan sedia ada.

Tengku Zafrul memberi jaminan bahawa semua Ahli Parlimen akan dapat mengajukan soalan berkenaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam sidang Parlimen yang dijadualkan bermula pada 26 Julai.

Beliau juga bercakap mengenai rancangan seterusnya untuk mengadakan mesyuarat kali kedua dengan pihak pembangkang minggu ini untuk memahami cadangan mereka.

Katanya, perbincangan minggu lalu “sangat produktif”.

Sebelum ini dilaporkan Menteri Kewangan itu mengadakan perbincangan dengan pemimpin PKR dan beberapa ahli pembangkang lain seperti bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

“Bagi orang seperti saya yang sedang cuba merangka pelan pemulihan, amat penting untuk mendengar (cadangan),” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat