Elak Aktiviti Ziarah Aidiladha, Tiada Kompromi Jika Langgar SOP – KPN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati masyarakat agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) menjelang Hari Raya Aidiladha esok.

Orang ramai diberi amaran supaya tidak melakukan aktiviti ziarah bagi mengelak tindakan tegas berlunaskan undang-undang.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pematuhan SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) adalah kunci utama usaha melandaikan lengkuk jangkitan wabak Covid-19 di dalam negara.

Katanya ,polis tidak akan berkompromi dalam soal perlanggaran SOP sepanjang tempoh perayaan apabila pasukan pemantau pematuhan SOP akan digerakkan ke kawasan perumahan dan lokasi tumpuan awam.

“Menjelang sambutan Aidiladha esok, PDRM ingin menasihatkan masyarakat agar sentiasa patuh SOP sektor sosial yang ditetapkan kerajaan (sambutan Hari Raya Aidiladha).

“Dalam menguatkuasakan pematuhan SOP semasa tempoh sambutan Aidiladha PDRM akan meningkatkan jumlah pemeriksaannya di Sekatan Jalan Raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi tujuan itu tambah Acryl Sani, pasukan-pasukan pemantau pematuhan SOP akan giat digerakkan di seluruh negara.

Katanya,pasukan itu akan memberi fokus kepada kawasan-kawasan perumahan dan lokasi tumpuan awam.

“PDRM komited dalam mengambil tindakan tegas bagi memastikan segala SOP dipatuhi dan mana-mana pihak yang dikesan sengaja melanggar SOP, akan diambil tindakan tanpa kompromi.

“Peringatan juga diberikan agar masyarakat tidak menjalankan aktiviti ziarah dan kunjung-mengunjung atau merentas negeri serta daerah sepanjang musim perayaan.

“Sebarang pelanggaran SOP berhubung perkara ini akan diambil tindakan berdasarkan kepada peruntukan di bawah akta pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit 1988 (akta 342),’ tegasnya. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,542FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat