Caprice Mohon Maaf Kepada TMJ, Hishammuddin dan Ebit Lew

- Advertisement -

CYBERJAYA – Penyanyi Rap, Caprice membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Tunku Mahkota Johor, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien dan aktivis masyarakat ustaz Ebit Lew atas pelbagai kenyataan yang beliau buat sejak beberapa hari lalu berkaitan misi memberi bantuan ke Palestin.

Dalam catatan Instagramnya Caprice menulis,

“Salam Tuanku @hrhcrownprinceofjohor @hishammuddinhussein ebitlew , Caprice mohon minta maaf atas kesilapan Caprice dimana kita terlalu emosi tentang pejuang kita demi ummah, demi Palestine, dan demi Rakyat Malaysia. Ape yang berlaku adelah kesilapan Caprice sendiri dan tidak terlibat pihak lain.”

Sebelum ini Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 32, membuat pelbagai kenyataan yang dilihat menyerang Ebit Lew, Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Mesir menerusi platform Instagram Stories

Malahan Caprice, dengan sokongan pendakwah Firdaus Wong Wai Hung, dikatakan akan membuat pendedahan besar-besaran mengenai skandal bantuan Ebit Lew ke Palestin dan tidak akan pulang ke negara ini selagi kerajaan belum bertukar.

Bagaimanapun pagi ini nada Caprice berubah apabila bukan sahaja meminta maaf, malah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang beliau persalahkan sebelum ini.

“Caprice nak ucapkan terima kasih kepada DS @hishammuddinhussein , Embassy Malaysia mesir, dan Kerajaan Egypt for the hospitality, support, and 24hour protection and security selama Caprice berada di Mesir.”

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat