Ilegear perkenal spesifikasi baru untuk tujuh laptop

- Advertisement -

Pengeluar laptop tersuai, Illegear memberi nafas baru kepada barisan laptop mereka yang kini dikuasakan dengan pemproses Intel Core Generasi Ke-11.

Laptop berkenaan juga dipadankan dengan kad grafik Nvidia GeForce siri RTX 3000 sekali gus memberi kesesuaian kepada semua jenis permainan terkini.

Pengguna boleh melakukan pemilihan spesifikasi pemproses antara Intel Core i5-11300H atau memilih kelas tinggi iaitu i7-11800H sesuai dengan kegunaan pengguna.

Padanan kad grafik juga boleh dilakukan membabitkan RTX3050 hingga RTX3080 bersama-sama memori (RAM) sehingga 64GB.

Pembaharuan itu membabitkan tujuh variasi laptop keluaran Illegear iaitu Arte, Onyx V, Rogue, Onyx Pro, Selenite Pro, Onyx G dan Selenite X dengan padanan spesifikasi paling maju.

Paling mencuri tumpuan adalah Selenite X yang turut menggunakan pemproses berkenaan bersama-sama variasi padanan kad grafik bermula RTX 3060 hingga RTX3080.

Laptop ini turut dilengkapi dengan sokongan sambungan Internet tanpa wayar (WiFi 6) bersama-sama skirn 17.3 inci dengan bacaan kadar segar semula 165Hz WQHD anti silau teknologi IPS.

Untuk memberikan pengalaman permainan lebih baik, sistem audio dilengkapi dengan THX Spatial Audio serta Sound Blaster Cinema 6+ dengan keupayaan storan sokongan M.2 2280 SSD.

Peranti ini juga menyokong storan PCIe Gen3x4 atau PCIe Gen4x4 termasuk sokongan RAID.

Sesuai sebagai laptop kelas permainan, ia didatangkan dengan papan kekunci taktil dengan pemprograman zon tunggal RGB.

Tanda harga untuk variasi ini bermula RM7,498 dan pengguna boleh melakukan padanan mengikut kesesuaian penggunaan.

Spesifikasi

  • Pemproses: Intel Core i7-11800H 
  • RAM: Sokongan sehingga 64GB
  • Paparan: 17.3 Inci 165Hz WQHD IPS
  • Kad Grafik: Pilihan RTX3070 hingga RTX3080

 

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat