Tidak Sah! Kata Tun Mahatdir

Pemilihan Presiden US: Biden Serang Trump Isu Wabak, Trump Serang Biden Isu Ekonomi

AMERIKA SYARIKAT: Calon-calon pemilihan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan Donald Trump saling berbalas-balas serangan dengan Biden menyerang kelemahan Trump semasa mengendalikan wabak Covid-19...

Gila! Belah Perut Isteri Nak Tengok Jantina Anak

SEORANG lelaki di India ditahan polis kerana membelah perut isterinya yang sedang mengandung dengan sabit sehingga menyebabkan wanita itu sekarang tenat di hospital...

PN Perlu Segera Merencana Pemberdayaan Wanita Malaysia

Oleh: Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff Setelah tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan pada 24 Februari 2020, kita mendapati kurangnya gerakan bagi membincangkan hala tuju perkembangan wanita...

Polis Terima 35 Laporan Berkaitan Mohamaddin Hina Anggota Keselamatan

KOTA KINABALU – Sebanyak 35 laporan diterima polis Sabah setakat ini berkaitan penghinaan seorang bekas menteri ke atas anggota keselamatan bertugas ketika Op Daulat...

Mohamaddin Sangat Biadab, Melampau – Mejar Huan Cheng Guan

KOTA KINABALU – Kenyataan bekas Menteri Pakatan Harapan (PH) yang kini merupakan calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi menghina wira...

ALOR SETAR: Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa penggugurannya sebagai calon pada pemilihan kepemimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai tidak sah.

Beliau berkata, ini kerana mahkamah belum membuat sebarang keputusan berhubung status keahliannya dalam parti.

Bekas Perdana Menteri juga mendakwa, pengguguran pencalonannya bagi jawatan pengerusi parti serta tindakan sama yang diambil ke atas beberapa pemimpin lain dibuat tanpa mengikut Perlembagaan BERSATU yang ditetapkan.

Berikutan itu, Ahli Parlimen Langkawi itu mendakwa beliau dan pemimpin lain yang digugurkan sebagai calon pemilihan parti masih layak bertanding kerana sudah dicalonkan sebelum ini.

“Pengguguran (pencalonan) ini tidak sah, kami masih ahli (BERSATU) melainkan mahkamah kata pengguguran ini sah.

“Kami masih anggap kami sebagai ahli dan mahu bertanding jawatan (pemilihan BERSATU). Pencalonan kami (jawatan pengerusi) digugurkan tanpa ada lawan,” katanya ketika ditemui selepas program BERSATU Blackout di sini, semalam.

Keahlian Dr Mahathir bersama bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam BERSATU tergugur kerana duduk di bangku pembangkang ketika persidangan pembukaan Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu.

Yang turut tergugur keahlian adalah bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Dr Maszlee Malik dan Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah.

Berikutan itu, pencalonan Dr Mahathir bagi jawatan pengerusi, Mukhriz bagi jawatan timbalan presiden dan Syed Saddiq bagi jawatan Ketua ARMADA untuk pemilihan BERSATU, turut tergugur.

Dr Mahathir berkata, beliau akan terus berusaha dan sedang merancang melakukan tindakan susulan bagi mengekalkan kedudukannya dalam BERSATU.

“Kami tidak peduli apa (mereka) hendak buat kerana (pengguguran pencalonan) itu tidak ikut Perlembagaan. Kalau hendak gugur kena bawa pindaan kepada MPT.

“Disebabkan itu kita buat perjumpaan (BERSATU Blackout) sebab ramai tanya apa yang berlaku kepada politik Malaysia dan saya cuba beritahu sebabnya,” katanya.

Sementara itu, Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun, berkata semua semua pihak perlu menunggu mahkamah membuat keputusan berhubung status keahlian mereka dalam BERSATU pada 7 Ogos depan.

“Kita tidak iktiraf soal pengguguran (sebagai calon pemilihan parti). Mahkamah belum buat keputusan (status keahlian) dan keputusan akan berlaku pada 7 Ogos,” katanya.

Pada Khamis lalu, Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) BERSATU memaklumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu masing-masing menang tanpa bertanding jawatan presiden dan timbalan presiden.

Berdasarkan senarai calon layak bertanding yang dikeluarkan JPP, hanya nama Perdana Menteri dan Menteri Besar Perak itu disenaraikan sebagai calon bagi mengisi jawatan presiden dan timbalannya.

Pengerusi JPP, Tan Sri Syed Hamid Albar dilaporkan berkata, pengumuman rasmi untuk kedua-dua jawatan itu bagaimanapun akan dibuat selepas semua bahagian bersidang pada 22 Ogos ini.

Mesyuarat MPT BERSATU sebelum ini memutuskan persidangan peringkat bahagian pada 22 Ogos, ARMADA bahagian pada 15 Ogos dan Srikandi pada 16 Ogos. Perhimpunan Agung Tahunan BERSATU pula ditetapkan pada 27 September ini.

Syed Hamid turut dilaporkan berkata, senarai nama yang dikeluarkan JPP itu adalah muktamad dan calon yang dipecat atau terhenti keahlian mereka tidak layak bertanding.

Sebelum ini, Mukhriz turut menawarkan diri bagi jawatan presiden, namun namanya tergugur selepas keahliannya terhenti pada 28 Mei lalu kerana melanggar peraturan parti apabila duduk di blok pembangkang ketika sidang Dewan Rakyat pada 18 Mei.

Bekas Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Marzuki Yahaya yang mahu merebut jawatan timbalan presiden, turut tergugur daripada pencalonan selepas beliau dipecat daripada parti pada 2 Jun lalu.

Pemilihan BERSATU kali ini juga menyaksikan jawatan pengerusi BERSATU tidak dipertandingkan selepas Dr Mahathir yang sebelum itu diumum menang tanpa bertanding, tidak lagi menjadi ahli parti.

-Berita Harian-

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

#PRNSabah : Calon USNO Menangis Rayu Dipilih Wakil Rakyat Paginatan

KOTA KINABALU - Menjelang pecutan akhir berkempen untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, pelbagai ragam calon dapat disaksikan untuk meraih sokongan pengundi. Tidak ketinggalan calon...

#PRNSabah: Henti Main Sentimen “Malaya” – Bung Moktar Radin

LAMAG: Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga calon BN bagi DUN Lamag, meminta pemimpin Warisan terutama Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal, berhenti...

“Minta maaf tak ikhlas, Warisan Plus patut gugur pencalonan Mohammadin” – Najib

KOTA KINABALU- Warisan Plus didesak menggugurkan pencalonan Datuk Mohammadin Ketapi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama. Gesaan itu disarankan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk...