Polis Panggil Syarikat Pengeluar Kasut

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Polis akan memanggil beberapa individu dari sebuah syarikat pengeluar kasut bagi membantu siasatan berhubung isu logo Jata Negara di bahagian dalam kasut keluaran syarikat berkenaan.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya akan menyiasat mengikut Seksyen 5 (1) Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963.

“Mereka akan dipanggil dalam masa terdekat. Kes juga disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia1998,” katanya hari ini.

Semalam, BeeThree Footwear dalam satu kenyataan kepada SuaraTV berkata, kesilapan tersebut berlaku berikutan kekurangan pengalaman dalam kalangan pekerja dan pihaknya telah mengarahkan pemberhentian produk tersebut serta-merta.

“Kami dari syarikat BeeThree Footwear ingin membuat permohonan maaf di atas kesilapan syarikat kami yang telah meletakkan logo Jata Negara di bahagian ‘insole’ seperti yang tular di media sosial hari ini.

“Untuk makluman semua, syarikat kami telah memberhentikan pengeluaran produk yang mempunyai logo insole tersebut sebelum ini.

“Sehubungan itu syarikat kami telah menjelaskan semua salah faham ini kepada pihak berkuasa. Syarikat kami sekali lagi ingin memohon ribuan ampun dan maaf di atas kesilapan tentang perkara ini,” katanya memetik kenyataan tersebut.

Semalam, tular di media sosial gambar memaparkan logo Jata Negara di dalam kasut jenama Beethree yang dikeluarkan oleh syarikat BeeThree Footwear.

Berikutan itu, warganet membidas syarikat pengeluar kasut tersebut kerana disifatkan sebagai tidak peka terhadap sensitiviti masyarakat di negara ini

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat