Pengecut, jijik ungkit isu lama Yusoff Rawther sokong Israel – Pejuang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Orang Muda (JOM) Parti Pejuang mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan segera dan menyeluruh terhadap motif di sebalik laporan yang dibuat terhadap Yusoff Rawther.

Pengerusi JOM Pejuang Mohd Akmal M Yusoff berkata, pihaknya mengecam sekeras-kerasnya tindakan jijik, terancang dan bersifat pengecut oleh sekumpulan pihak yang kini menyerang Yusoff Rawther dengan membangkitkan semula isu lama kononnya dia menyokong Israel — satu perkara yang jelas telah berlaku jauh sebelum beliau diambil bekerja sebagai pegawai kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Serangan ini bukan sahaja berniat jahat, malah menunjukkan betapa terdesaknya geng penyokong buta Anwar Ibrahim yang kini sudah hilang arah dan panik apabila Yusoff Rawther dilepaskan dan dibebaskan oleh mahkamah.

“Mereka tidak mampu menjawab isu sebenar, lalu memilih taktik pengecut: alih perhatian rakyat dengan memainkan semula isu basi dan tidak relevan.

“JOM Pejuang ingin bertanya kepada pihak berkuasa secara terbuka: siapa sebenarnya yang membuat laporan terhadap Yusoff Rawther? Adakah laporan ini bermotif politik? Adakah ada tangan-tangan ghaib yang mahu membungkam suara yang tidak sehaluan dengan pemimpin tertentu? Rakyat berhak tahu dan pihak berkuasa tidak boleh terus berdiam diri,” kata Akmal dalam kenyataan media pada Khamis.

Sehubungan itu, JOM Pejuang mempersoalkan adakah laporan polus itu adalah cubaan untuk menyalah guna institusi keadilan demi mencapai matlamat politik sempit?

“Jika benar ada unsur salah guna kuasa atau laporan palsu, individu yang terlibat mesti didedahkan dan dikenakan tindakan undang-undang tanpa kompromi.

“Lebih parah, ada pula golongan yang menjadikan media sosial sebagai medan fitnah dan tohmahan terhadap individu yang telah dibebaskan oleh mahkamah. Ini membuktikan mereka langsung tidak menghormati proses undang-undang negara ini. Mereka hanya tahu menjilat pemimpin mereka walau apa pun kesalahannya demi mempertahankan naratif ‘pemimpin maksum’ yang tak boleh disentuh.

“Justeru, JOM Pejuang seru rakyat Malaysia: jangan terpedaya dengan dakyah kotor geng reformis palsu ini. Mereka bukan pejuang keadilan mereka hanyalah barisan penjilat kuasa yang akan sanggup menggadaikan prinsip demi kelangsungan politik individu tertentu,” gesa Akmal lagi.

Ujarnya, sudah tiba masa rakyat celik dan menolak politik pemujaan individu yang membawa lebih banyak kebinasaan daripada pembaharuan.

“JOM Pejuang akan terus bersuara, terus melawan penindasan dan tidak akan tunduk kepada mana-mana pemimpin, institusi atau gerombolan politik yang cuba memperbodohkan rakyat.

“Kami mahu kebenaran, kami mahu penjelasan,” tegas beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat