Penyeludup diesel di Kelantan tak ‘masyuk’ dah, harga tak banyak beza dengan di Thailand: laporan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Penyasaran subsidi diesel yang dikuatkuasakan 10 Jun lalu ‘melumpuhkan’ aktiviti turun-menurun penyeludupan bahan api itu ke negara jiran.

Tinjauan di sekitar Pengkalan Kubor, Kelantan mendapati kawasan tersebut lenggang selain pacuan empat roda yang sebelum ini banyak digunakan untuk aktiviti berkenaan banyak ‘tersadai’.

Memetik Utusan di Kelantan, seorang penyeludup yang mahu dikenali Nasir berkata, langkah kerajaan itu memberi kesan kepada mereka kerana bahan bakar itu tidak banyak beza dengan harga di di Thailand.

Menurutnya, situasi itu menyebabkan penyeludup tidak lagi meraih pendapatan lumayan jika mereka terus melakukan penyeludupan ke Thailand kerana perbezaan kini cuma RM1.15 seliter.

“Sekarang harga diesel Malaysia RM3.35 seliter manakala di pam minyak di negara Thailand seliter diesel berharga RM4.50.

“Jika ambil untung RM1 harga itu tidak jauh beza dan tentunya rakyat Thailand akan mengisi diesel di pam stesen minyak negara mereka,” katanya.

Seorang penduduk yang mahu dikenali Mat Deris berkata, Jalan Kasban sempadan sungai Golok lengang sejak diesel naik harga.

Katanya, tiada lagi lori dan pa­cuan empat roda ulang alik mengejar trip untuk menyeludup diesel melalui jalan tersebut.

“Biasanya jalan ini sibuk kerana penyeludup diesel kejar trip dari 10 pagi hingga tengah malam selagi stesen minyak dibuka.

“Bagaimanapun, ketika ini kelihatan kereta sedan yang digunakan untuk aktiviti penyeludupan petrol,” ujarnya.

Sementara itu, seorang penduduk Thailand yang mahu dikenali sebagai Him mengakui ketika ini dia berdepan kesukaran untuk mendapatkan bahan api diesel dari Malaysia.

Katanya, tindakan kerajaan Malaysia itu memberikan kesan kepada mereka yang sebelum ini membeli diesel dibawah harga pasaran.

“Bila langkah ini dibuat, kami kembali semula ke pam-pam mi­nyak untuk mengisi diesel. Walaupun harga mahal, itu sahaja pilihan yang ada,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat