Pahang Lanjut Tempoh Bayar Cukai Tanah Hingga Ogos – MB

- Advertisement -

KUANTAN: Kerajaan Negeri bersetuju melanjutkan tempoh pembayaran cukai tanah tahun 2021 ke atas semua pemilik tanah berdaftar di Pahang, sehingga 31 Ogos ini. Tempoh akhir asalnya ialah pada 31 Mei.

Menteri Besar Pahang, Dato Sri’ Wan Rosdy Wan Ismail berkata, dengan pelanjutan tempoh pembayaran ini bermakna, denda lewat 10 peratus daripada nilai cukai tanah, hanya akan dikenakan bermula 1 September.

“Keputusan ini dibuat berasaskan sikap prihatin Kerajaan Negeri kepada masalah yang rakyat hadapi susulan langkah tegas Kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke seluruh negara, bagi membendung penularan wabak pandemik COVID-19.

“Menerusi langkah tegas ini telah mengehadkan pada tahap tertentu, pergerakan dan perkhidmatan di seluruh negara sehingga mengakibatkan kerugian kepada pemilik tanah-pemilik tanah berkenaan,” katanya melalui kenyataan media, sebentar tadi.

Sungguhpun begitu, ujar beliau, Kerajaan Negeri sangat menghargai usaha dan komitmen pemilik tanah-pemilik tanah untuk tetap menjelaskan cukai tanah mereka dalam tempoh ditetapkan.

” Adalah diharapkan, pelanjutan tempoh akhir bayaran cukai tanah ini dapat memberi masa yang cukup dan sewajarnya untuk mereka menunaikan tanggung jawab bagi menjelaskan cukai tanah ini,” katanya. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat