Belum Parah Lagi? Soal Najib Berkenaan Peningkatan Kes Covid-19 Di Selangor

- Advertisement -

CYBERJAYA: Bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak mempersoalkan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Task Force Negeri Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang menyatakan peningkatan kes Covid-19 di Selangor masih tidak membimbangkan lagi.

Kata Najib, dalam tujuh (7) hari sahaja di Selangor ada 11,309 kes yang telah dicatatkan.

Berdasarkan rekod kes pada 18 Mei: 1,743 kes, 17 Mei: 1,650 kes, 16 Mei: 1,275 kes, 15 Mei: 1,507 kes, 14 Mei: 1,269 kes, 13 Mei: 1,783 kes dan 12 Mei: 2,082 kes.

“Dalam 7 hari sahaja di Selangor ada 11,309 kes.

“Belum parah lagi? soal Najib lagi.

Sindirnya lagi, “hari ini saja Selangor 2,251 kes. Tertinggi. Takkan kita nak cakap Alhamdulillah… ke cane?”

Terdahulu, pada sidang media khas, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan statistik mengenai Covid-19 di Selangor belum memerlukan ‘total lockdown’ kerana kadar kebolehjangkitan setakat ini hanyalah 1.14. Ini lebih rendah daripada 6 negeri lain seperti Pahang, Kedah, Perak, Terengganu, Negeri Sembilan dan Putrajaya.

“Pasukan saya dan kerajaan Selangor berada dalam tahap baik menguruskan wabak,

“Kita telah menambah 1300 buah katil ICU dan hanya 300 sahaja digunakan di Selangor dan juga Ventilator,

“Perang dalam Covid ini akhirnya untuk mengelakkan fasiliti kesihatan awam terbeban, angka tetap tinggi, lebih tinggi di Selangor, adakah kita sudah terbeban di peringkat sehingga kita perlu “Lockdown” di Selangor,” soalnya. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat