Fitnah Annuar Musa Langgar SOP PKP, Portal MD Mohon Maaf

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menerima permohonan maaf dari Portal Malaysia Dateline kerana melaporkan berita palsu kononnya Menteri Wilayah Persekutuan tersebut melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasa seluruh negara baru-baru ini.

“Portal MD (Malaysia Dateline) membuat posting memohon maaf dan menarik berita FITNAH terhadap saya.

“Saya berlapang dada dan menerima permohonan maaf mereka.

“Semoga Allah SWT mengasihani dan mengampuni mereka yang terlibat atau menyebar fitnah,” kata Annuar Musa menerusi ciapan Twitternya.

Terdahulu, portal tersebut melalui artikel “Walau PKP, menteri buat majlis hari lahir dihadiri 100 pelajar tahfiz” telah membuat fitnah kepada Annuar Musa.

Setiausaha Akhbar Annuar Musa, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dalam catatan Facebooknya menegaskan, gambar yang dimuat naik oleh portal tersebut adalah program bersama tahfiz pada 29 April lepas dan tidak berlaku semasa tempoh PKP.

“Merujuk kepada laporan Malaysia Dateline bertajuk “Walau PKP, menteri buat majlis hari lahir dihadiri 100 pelajar tahfiz” yang disiarkan pada jam 4:09 petang, 18 Mei 2021, saya ingin memaklumkan bahawa berita ini adalah fitnah yang nyata dan merupakan salah satu daripada dua fitnah terbaru terhadap Tan Sri Annuar yang disiarkan oleh Malaysia Dateline hari ini.

“Untuk makluman, program bersama pelajar tahfiz tidak berlaku semasa tempoh PKP seperti dakwaan Malaysia Dateline, sebaliknya berlangsung sebelum pelaksanaan PKP, iaitu pada 29 April 2021,” jelas Tun Faisal. -SuaraTV

May be an image of text that says "Annuar Musa @AnnuarMusa Portal MD (Malaysia atelines)membuat posting memohon maaf dan menarik balik berita FITNAH terhadap saya. Saya berlapang dada dan menerima permohonan maaf mereka. Semoga Allah swt mengasihani dan mengampuni mereka yg terlibat membuat atau menyebar fitnah. Translate Tweet MD Penarikan berita dan memohon maaf malaysiadateline.com"

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat