Malaysia Dateline Fitnah Annuar Musa Langgar SOP PKP – Tun Faisal

- Advertisement -

CYBERJAYA: Setiausaha Akhbar Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz membidas portal Malaysia Dateline kerana memfitnah Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kata Tun Faisal, gambar yang telah dimuat naik portal tersebut adalah program bersama tahfiz pada 29 April lepas dan tidak berlaku semasa tempoh PKP.

“Merujuk kepada laporan Malaysia Dateline bertajuk “Walau PKP, menteri buat majlis hari lahir dihadiri 100 pelajar tahfiz” yang disiarkan pada jam 4:09 petang, 18 Mei 2021, saya ingin memaklumkan bahawa berita ini adalah fitnah yang nyata dan merupakan salah satu daripada dua fitnah terbaru terhadap Tan Sri Annuar yang disiarkan oleh Malaysia Dateline hari ini.

“Untuk makluman, program bersama pelajar tahfiz tidak berlaku semasa tempoh PKP seperti dakwaan Malaysia Dateline, sebaliknya berlangsung sebelum pelaksanaan PKP, iaitu pada 29 April 2021,” jelasnya.

 

Ujarnya lagi, penulisan berita fitnah ini jelas menunjukkan pelanggaran etika kewartawanan oleh wartawan dan editor Malaysia Dateline. Mereka langsung tidak mahu membuat semakan fakta sebelum menyiarkan berita fitnah di portal mereka.

“Sikap tidak berpegang dengan etika kewartawanan ini turut ditunjukkan Malaysia Dateline apabila menyiarkan satu lagi berita fitnah bertajuk “Sekali lagi menteri bergelar ‘Tan Sri’ didakwa menikah di selatan Thailand”.

“Berita fitnah ini telah disiarkan hanya berdasarkan tweet seorang individu, tanpa sebarang rasa tanggung jawab untuk menyemak sama ada sijil nikah tersebut adalah sijil yang sebenar dan tanpa menyemak tweet berikutnya yang menyebut bahawa gambar sijil nikah tersebut hanyalah “sekadar hiasan”. tegas Tun Faisal. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat