KUALA LUMPUR- Malaysia merekodkan 6,075 kes Covid-19 hari ini yakni angka tertinggi sejak pandemik itu bermula tahun lalu.
Menerusi akaun Twitternya, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi dengan 2,251 kes.
Ia disusuli Johor dengan 699 kes, Kuala Lumpur (660), Kedah (445), Kelantan (441), Sarawak (323), Perak (220), Terengganu (203), Negeri Sembilan (189), Pulau Pinang (183), Sabah (160), Pahang (150), Melaka (122), Labuan (14), Putrajaya (9) dan Perlis (6).



