Selangor tolak Lockdown – Dr Dzulkefly

- Advertisement -

SHAH ALAM – Pengerusi Task-Force Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad meminta Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba menimbangkan semula cadangan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 (ditafsirkan sebagai ‘lockdown’) ke atas Selangor.

Menurut Dr Dzulkefly, statistik mengenai Covid-19 di Selangor belum memerlukan ‘total lockdown’ kerana kadar kebolehjangkitan setakat ini hanyalah 1.14. Ini lebih rendah daripada 6 negeri lain seperti Pahang, Kedah, Perak, Terengganu, Negeri Sembilan dan Putrajaya.

Kemudahan kesihatan di Selangor belum terbeban berikutan penambahan fasiliti ICU yang telah dibuat.

“Pasukan saya dan kerajaan Selangor berada dalam tahap baik menguruskan wabak,

“Kita telah menambah 1300 buah katil ICU dan hanya 300 sahaja digunakan di Selangor dan juga Ventilator,

“Perang dalam Covid ini akhirnya untuk mengelakkan fasiliti kesihatan awam terbeban, angka tetap tinggi, lebih tinggi di Selangor, adakah kita sudah terbeban di peringkat sehingga kita perlu “Lockdown” di Selangor,” soalnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam Negeri Selangor, Dr Siti Mariah berkata, hanya 3.3 peratus rakyat negeri ini telah divaksinasi.

Menurutnya lagi, lebih satu juta pekerja telah mendaftar untuk mendapatkan vaksin melalui aplikasi Selangkah. -SuaraTV

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat